in ,

Ini Cara Dato’ Sri Siti Nurhaliza Sambut Hari Jadi Ke-40

Pastinya meriah! Hari ini Ratu Pop Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin menyambut hari kelahirannya yang genap ke-40. Trending di sosial media pastinya. Apa bezanya sambutan kali ini?

Penyanyi yang terima pelbagai anugerah itu merupakan artis Malaysia paling berjaya, meraih lebih 300 anugerah tempatan dan antarabangsa dan buat persembahan dalam lebih 50 konsert sepanjang penglibatan selama 23 tahun dalam industri muzik.

Pada malam ini, satu majlis sambutan hari jadi istimewa buat penyanyi popular ini akan diadakan di Dewan Hussien Onn, PWTC, Kuala Lumpur. Majlis yang bertemakan Golden itu akan dihadiri oleh rakan taulan, sanak saudara, keluarga, rakan bisnes dan para media.

Pada masa ini, beliau tersenarai sebagai salah seorang artis Malaysia yang terkaya, paling berpengaruh, menerima paling banyak anugerah dan menghasilkan paling banyak single.

Siti Nurhaliza juga adalah salah seorang artis Malaysia yang laris. Penjualan album beliau sahaja menyumbang kepada 10 peratus jumlah penjualan album di Malaysia pada 2001. Setakat ini penjualan album beliau mencecah lebih enam juta unit.

Biarpun mencapai banyak kejayaan, penyanyi “Anta Permana” berkata tiada apa lagi yang dihajatkan beliau selain daripada kesihatan yang baik dan mampu untuk terus menyumbang kepada masyarakat.

“Lagipun, saya sudah menerima hadiah yang paling berharga, anak perempuan saya, Siti Aafiyah,”

– Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza dan ahli perniagaan tempatan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa bernikah pada 21 Ogos 2006 di ibu negara dan Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac tahun lepas.

Selepas lebih setahun berehat untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, Siti Nurhaliza akan kembali beraksi untuk peminatnya pada tahun ini.

Ikon muzik itu akan mengadakan persembahan di empat negara — Indonesia (21 Februari), Singapura (2 Mac) , Malaysia (16 Mac) dan England (22 April).

Penyanyi sensasi itu akan membuat persembahan di Royal Albert Hall yang ternama di London pada 22 April nanti, yang merupakan persembahan kedua beliau di lokasi yang tersohor itu.

Kali pertama Siti Nurhaliza buat persembahan di London ialah pada 2005 sempena ulang tahun sedekad penglibatan beliau dalam industri muzik, menjadikan beliau artis ketiga Asia yang menghiburkan peminat di Royal Albert Hall.

“Konsert ini akan memberikan kelainan, terima kasih kepada peminat setia, ‘Sitizoners’ dan peminat yang menanti saya kembali,”

– Siti Nurhaliza

eliau dalam satu sidang media baru-baru ini untuk mengumumkan konsert jelajah beliau, “Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour

Bersempena konsert jelajah itu, satu dokumentari berjudul “They Call Me Siti: One Woman, Two Decades of Music, Ten Thousand Miles” akan ditayangkan di layar perak.

Penerbit Eksekutif Shiraz Project, Shirazdeen Karim yang akan mempromosikan Siti Nurhaliza sebagai Ratu Muzik sudah memperuntukkan lebih RM10 juta bagi tujuan itu, menjadikannya mungkin konsert jelajah yang mempunyai belanjawan tertinggi bagi mana-mana penyanyi Malaysia.

Tiket untuk konsert di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini berharga RM1,295 (termasuk berjumpa dan beramah mesra), RM495, RM355, RM255, RM155 dan RM105 boleh didapatkan di myticket.asia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Ed Sheeran di Stadium Nasional 13 April 2019

Drama PUJAAN HATI KANDA Trending di Youtube Malaysia