in , ,

Ini Alasan Aizat Amdan Suntik Melodi Lagu Popular dalam Lagu KU MAU

Penyanyi dan komposer terkenal Aizat Amdan, 31, mendedahkan kolaborasi tercetus bersama bekas finalis program realiti, Rising Star Indonesia, Hanin Dhiya ketika berada di Stockholm, Sweden.

Pertemuan ketika menyertai kem penulisan lagu di Stockholm, Sweden membuka ruang buat Aizat Amdan mendekati penyanyi Indonesia, Hanin Dhiya. Majlis pelancaran ini turut menyaksikan buat julung kalinya menampilkan dua penyanyi mendendangkan lagu duet mereka secara atas talian memandangkan Hanin sendiri berada di Indonesia dan terikat dengan peraturan yang ditetapkan berikutan penularan COVID-19 di seluruh dunia.

Selepas muncul single duet bersama Bunga berjudul Dup Dup, kini Aizat melangkah lebih jauh apabila memilih Hanin sebagai rakan duet baharu. Maka, terhasillah single Ku Mau.

Ini Alasan Aizat Amdan Suntik Melodi Lagu Popular dalam Lagu KU MAU

Kata Aizat, pemergian mereka ke sana adalah untuk menyertai kem penulisan lagu pada bulan September lalu.

“Saya dan Hanin sama-sama menyertai kem penulisan lagu di Stockholm pada bulan September lalu selama tiga hari.

“Saya mewakili Malaysia manakala Hanin untuk Indonesia. Pertemuan di sana yang membuka ruang kepada saya untuk mendekati dan lantas melamar Hanin untuk menjalinkan projek duet,”

– Aizat Amdan

Tambah pelantun lagu Sampai Ke Hari Tua berkata ini merupakan satu peluang besar untuk melebarkan sayap di luar negara.

“Mudah sangat urusan kami untuk siapkan single ini, dalam masa tiga jam dah siap. 

“Keserasian saya dan Hanin sangat bersahaja itu yang membuatkan Ku Mau ini menjadi lebih warna-warni.

“Saya memang sudah lama mengimpikan untuk melebarkan karya saya di luar negara. Kolaborasi ini mampu mendekatkan saya dengan pendengar seluruh dunia,” 

– Aizat Amdan

Sebagai rekod lagu ini sudah diperdengarkan di Indonesia dan menerima maklum balas yang cukup positif daripada peminat. Namun begitu, timbul pula dakwaan kononnya melodi lagu Kau Mau seakan mirip beberapa lagu popular.

Kongsi Aizat, ketika menulis lagu ini, dia akui terbayang serta menggabungkan beberapa melodi lagu-lagu popular termasuklah duet hits penyanyi antarabangsa Shawn Mendes dan Camilla Cabello berjudul Senorita.

“Sebenarnya saya tidak kisah sekiranya ada peminat yang beranggapan sedemikian. Muzik itu sendiri universal. 

Alhamdulillah ianya diterima baik pendengar-pendengar”

“Saya anggap positif sahaja mengenai dakwaan itu dan ianya adalah secara kebetulan semata-mata”

– Aizat Amdan

Lagu ini berkonsepkan cinta yang luas dengan bait-bait lirik jenaka dan serius serta romantis dalam masa yang sama, membuatkan ia sesuai untuk segala keadaan good vibes,

Sementara itu, pemilik nama Muhammad Aizat bin Amdan menyatakan penggambaran muzik video sepenuhnya diadakan di Jakarta.

“Kami terbang ke Jakarta pada bulan Mac lalu, sebelum kerajaan kita mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Penggambaran sepenuhnya kami lakukan di sana. Syukur sangat segalanya sempat disiapkan,”

– Aizat Amdan

Ku Mau ditulis oleh Aizat Amdan, Anas Amdan, Yeshua Abraham (Indonesia), Melanie Wehbe (Sweden) dan Elias Naslin (Sweden). 

Menurut finalis rancangan realiti Rising Star Indonesia ini pula, dia mudah bekerjasama dengan Aizat dan terus jatuh cinta pertama kali mendengarnya ketika mereka sama-sama berada di Sweden Disember tahun lalu.

“Saya berharap agar pendengar dapat tersenyum ketika mendengar bait-bait lirik Ku Mau.

Pengalaman berduet dengan Aizat amat disenangi kerana dia seorang yang peramah dan baik.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang meluangkan masa untuk mendengar cerita saya dan Aizat. Ku mau kita semua sihat-sihat terus ya!”

– Hanin Dhiya

Single ini mengisahkan tentang dua insan yang bercinta pada jarak jauh. Walaupun berbeza negara, namun jejaka itu sanggup datang untuk menemui dan melamar kekasihnya. Ku Mau juga menerapkan kesungguhan pasangan ini untuk menjayakan kisah cinta mereka.

Ku Mau merupakan terbitan Kasi Gegar Entertainment dan edaran Warner Music Malaysia boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 26 Jun 2020.

Hanim yang juga bekas finalis program realiti, Rising Star Indonesia disifatkan memiliki suara lunak merdu, sekali gus serasi dengan gaya vokal penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu itu.

Ku Mau ciptaan Aizat, Anas Amdan, Yeshua Abraham dari Indonesia, Melanie Wehbe dan Elias Naslin (Sweden) ketika menyertai kem penulisan lagu di Stockholm pada September, tahun lalu.

Pada kem penulisan yang sama, Aizat bertemu Hanin yang turut menyertai kem berkenaan dan melamarnya untuk menjalinkan projek duet itu.

Aizat berkata, single Ku Mau mengisahkan dua insan yang menjalinkan hubungan cinta jarak jauh. Walaupun berbeza negara, namun si jejaka sanggup datang menemui dan melamar kekasihnya. Lagu berkenaan turut menerapkan kesungguhan pasangan kekasih untuk menjayakan kisah cinta mereka.

Sebagai penyanyi dan komposer berusia 31 tahun itu berkata, dia mengimpikan mengembangkan karya dan kolaborasi demi mendekati pendengar seluruh dunia.

“Single Ku Mau adalah langkah pertama gabungan saya bersama penulis dari Sweden dan Indonesia. Rentak lagu ini bersahaja, sesuai buat semua golongan muda atau tua. Single ini menampilkan kisah cinta yang luas dengan bait lirik jenaka, serius dan romantis,”

– Aizat Amdan

Mengulas gandingannya, Aizat gembira apabila Hanin sudi menjadi teman duetnya.

“Keserasian saya dan Hanin sangat bersahaja membuatkan single Ku Mau ini menjadi lebih warna-warni.

“Saya harap pendengar akan jatuh cinta dengan lagu ini. Ia juga mampu ditujukan kepada insan tersayang,” katanya.

– Aizat Amdan

Sementara itu, Hanin memberitahu, dia jatuh hati ketika kali pertama mendengar lagu berkenaan ketika berada di Sweden.

“Ini kali pertama menyanyikan single yang ceritanya bukan lagi mengenai patah hati.

“Asalnya, single ini berbahasa Inggeris. Saya tak sangka, lagu ini boleh diadaptasikan kepada bahasa Malaysia dan Indonesia. Lebih utama, dijadikan single duet untuk saya dan Aizat.

“Pengalaman bekerjasama dengan Aizat cukup disenangi. Dia seorang yang baik dan peramah,”

– Hanin Dhiya

Single Ku Mau diterbitkan Kasi Gegar Entertainment dan edaran Warner Music Malaysia boleh didapati di semua pelantar digital.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAJAT

Sajat Sedih dengan Agama Islam Selepas Tertekan Diboikot

Ahli BTS Sambung Pelajaran Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan