Menurutnya, perkara paling teruk dihadapi ketika ini apabila netizen turut melemparkan kecaman terhadap dua anaknya, Nureen Aresya dan Nazren Asyran.
“Ini kecaman terhebat pernah saya terima sepanjang 25 tahun bergelar penyampai radio. Saya terima kecaman sejak Jumaat lalu sehingga viral.
“Tahun 2024 ini dibuka dengan kontroversi sebegini namun saya terima serta reda dengan ujian yang diberikan Tuhan ketika ini.
“Semua netizen yang mengecam saya dengan pelbagai gelaran buruk, fitnah dan menghentam saya secukup-cukupnya,”
Tambahnya, dua anaknya tidak sepatutnya menjadi mangsa kecaman netizen berhubung isu ini.
“Mereka tidak bersalah. Kecamlah saya tetapi jangan sentuh anak-anak saya. Anda menghukum saya tanpa sebarang alasan yang kukuh.
“Anda menghukum mereka tanpa alasan yang kukuh, anda menggelar ibu mereka macam-macam. Mereka juga manusia yang ada emosi ada hati.
“Cuma kalau boleh saya nasihatkan, menghukum biarlah lepas kita mengetahui kenyataan yang sebenar. Itu baru adil,” jelasnya.
Terdahulu, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir atas alasan sebagai strategi untuk tahun 2024.