Menurut Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, apa yang berlaku antaranya dengan pengarah muzik itu adalah kisah lama dan dia telah memohon maaf berhubung isu berkenaan.
“Alhamdulillah, hubungan saya dengan Tok Ram (Ramli) baik-baik sahaja. Sampai bila kita nak bermasam muka. Semua masalah ada jalan penyelesaian.
Elly profesional dan lupakan kisah lama.
“Saya dahulu yang minta maaf kepada Tok Ram dan sekarang ini kami dah boleh bergurau,”
Elly menjelaskan mengenai perkara itu ketika minggu pertama GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Menerusi satu rakaman yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Tktok yusuffAnak7, kelihatan seperti Tokram atau nama sebenar nya Ramli bin Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli M. S menjawab persoalan yang diajukan oleh Dato Syafinaz dengan nada bergurau sahaja.
Namun perbualan tersebut mendapat perhatian ramai apabila ada netizen beranggapan Kak Lina yang dimarahi atau ditegur oleh tokram.
Namun semua itu adalah gurauan semata mata.