Wanita dalam persalinan ‘ball gown skirt’ rona emerald green itu bukan saja mengagumkan ramai kerana gaun yang dipakainya super cantik, malah raut wajah persis patung Barbie dan kulit putih gebu, ditambah pula dengan gaya posing bersahaja, sehingga benar-benar terlihat seperti kek patung!
Pelakon dan pengacara Zoey Rahman antara yang meninggalkan komen di bahagian ruangan entri Instagram milik @izubielazaffmarekan. Komen Zoey,
“Ingatkan patong kek,”
– Zoey Rahman
Selain disangkakan kek patung, wanita yang juga pengasas produk Puteh Gebu DBella ini turut dihujani pelbagai komen mencuit hati!
Penularan kisahnya itu turut memberikan Bella akan idea-idea bernas untuk menghasilkan produk penjagaan wajah iaitu Susuk 1 Juta Skincare dan Izubiela 5th Whitening Booster.
Izubiela sebelum ini pernah tular dengan kisah Barbie-Susuk 1 Juta yang diterbitkan akhbar Metro Ahad tahun lalu dan Barbie Masuk Pasar.