in , ,

Influenstar Asia Dot Com Lancar Influencer Maya Pertama di Malaysia

Industri GIG di Malaysia terus berkembang, terutamanya dalam kalangan pempengaruh media sosial. Pada 3 September lalu, Influenstar Asia Dot Com dilancarkan secara rasmi sebagai sebuah platform digital GIG khas untuk pempengaruh tempatan.

Di bawah pengurusan Jemz Group International Sdn Bhd (JEMZ GROUP), platform ini bertujuan membantu pempengaruh, terutama mereka yang bergerak secara individu, dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menyediakan latihan yang berstruktur.

Influenstar Asia Lancar Influencer Maya Pertama di Malaysia Dilancarkan

Membina Pempengaruh Profesional Melalui Latihan dan Sokongan

Tidak sekadar platform untuk mencari peluang kerjaya, Influenstar Asia Dot Com juga menawarkan modul latihan khas untuk mereka yang berminat menjadi pempengaruh. Latihan ini disusun mengikut trend terkini dan diberikan oleh pempengaruh berpengalaman dalam bidang kandungan kreatif.

Selain itu, platform ini turut menyediakan sokongan kecemerlangan pengurusan termasuk penyediaan kontrak bagi melindungi hak pempengaruh, serta membantu dalam pembangunan kempen pemasaran dan kandungan kreatif.

Ini semua bertujuan untuk memastikan pempengaruh bukan sahaja mampu menghasilkan kandungan yang menarik, tetapi juga bertanggungjawab dan beretika, agar dapat membina hubungan yang kukuh dan berkekalan dengan pengikut serta pelanggan.

Influenstar Asia Lancar Influencer Maya Pertama di Malaysia Dilancarkan

Pengenalan Pempengaruh Maya Pertama Malaysia, JAZMINE

Pelancaran Influenstar Asia Dot Com turut memperkenalkan JAZMINE, pempengaruh maya pertama di Malaysia yang merupakan hasil kerjasama dengan Warnakala Studios. Warnakala Studios terkenal dengan penghasilan harta intelek seperti Didi & Friends dan Makania.

Lebih menarik lagi, JAZMINE bukan sahaja menjadi wajah digital dalam industri pempengaruh, tetapi juga melancarkan single debut dan video muziknya berjudul In The Zone, hasil gubahan JD Wong dari kumpulan rock Pop Shuvit.

JAZMINE adalah simbol masa depan pempengaruh yang memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk berinteraksi dengan jenama dan pengguna. Sebagai pempengaruh maya, JAZMINE akan memimpin pelbagai kempen inovatif dan menghasilkan kandungan yang sesuai dengan generasi digital hari ini.

Influenstar Asia Lancar Influencer Maya Pertama di Malaysia Dilancarkan

Sokongan Padu Daripada Tokoh Terkemuka

Pelancaran platform ini dirasmikan oleh YBhg. Puan Nurul Izzah Anwar, Pengerusi Social and Economic Research Initiative (SERI). Majlis ini turut disaksikan oleh beberapa tokoh penting termasuk Tuan Muhammad Kamil Abdul Munim, Setiausaha Politik Menteri Kewangan, serta Puan Sivamalar Genapathy, Pegawai Tugas – Tugas Khas 1 di Kementerian Wilayah Persekutuan.

Influenstar Asia Lancar Influencer Maya Pertama di Malaysia Dilancarkan

Antara individu penting lain yang turut hadir adalah Puan Farahida Dato’ Sri Fauzi, Pengerusi JEMZ GROUP, Encik Jemizan Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif JEMZ GROUP dan pengasas Influenstar Asia Dot Com, serta Puan Nadia Janu, Ketua Pegawai Eksekutif Influenstar Asia Dot Com. Encik Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian, Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios juga turut memeriahkan majlis.

Influenstar Asia Lancar Influencer Maya Pertama di Malaysia Dilancarkan

Sokongan Daripada Pempengaruh Terkenal dan Rakan Niaga

Acara pelancaran ini turut disertai oleh hampir 130 tetamu, termasuk pempengaruh terkenal di bawah pengurusan Influenstar Asia Dot Com seperti Nazrief Nazri, Elle Fara, Kak Dya, Baggio Damasutra, Papayen, Nine, dan ramai lagi. Tidak ketinggalan, rakan niaga seperti Pcari.my, BeOne, Szindore, De’Haramain, dan beberapa jenama lain turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap platform ini.

Influenstar Asia Lancar Influencer Maya Pertama di Malaysia Dilancarkan

JEMZ GROUP dan Warnakala Studios: Pelopor Industri Kreatif

JEMZ GROUP, ditubuhkan pada tahun 2005, adalah syarikat pelbagai industri dengan tumpuan utama pada Pengiklanan Kreatif. Sejak 2013, syarikat ini telah meluaskan skop perniagaannya ke dalam bidang teknologi, acara, e-Dagang, dan fesyen. Kini, melalui Influenstar Asia Dot Com, mereka berhasrat untuk memberi impak besar dalam industri pempengaruh tempatan.

Warnakala Studios, pula dikenali sebagai peneraju dalam pembangunan kandungan digital yang inovatif. Mereka bertanggungjawab dalam penciptaan watak-watak terkenal seperti Didi & Friends dan Makania, dan terus berusaha untuk mentakrifkan semula hiburan digital dengan kerjasama pelbagai artis, teknologi, dan pencerita kreatif.

Dengan pelancaran Influenstar Asia Dot Com, masa depan industri GIG tempatan kini berada pada landasan baharu yang lebih inovatif dan menjanjikan.

Influenstar Asia Lancar Influencer Maya Pertama di Malaysia Dilancarkan
Influenstar Asia Lancar Influencer Maya Pertama di Malaysia Dilancarkan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Terperinci & Lengkap Tentang Telefon Lipat Samsung Galaxy Z Flip6

HONOR Magic V3 Telefon Lipat Paling Nipis & Ringan di Dunia Dilancarkan