Beliau menekankan bahawa hidupnya sebagai seorang hamba Allah bertujuan untuk melakukan ibadah, termasuklah setiap kerja kesukarelawanan yang diceburinya untuk menjadi manfaat kepada masyarakat. Setelah dianugerahkan Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 Pulau Pinang, Fadhilatun Nisa meneruskan kecemerlangannya di Universiti Teknologi PETRONAS dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal Elektronik.
Beliau melihat media sosial seperti aplikasi Instagram dan TikTok sebagai wahana yang sesuai untuk menyebarkan pesanan kebaikan kepada generasi muda kini. Mencecah 37 ribu pengikut di aplikasi TikTok, Fadhilatun Nisa menjadi ikon dakwah kepada para remaja yang wajar dicontohi.
Baru-baru ini, YOSH My FundAction melancarkan sebuah program motivasi, “School Alumni Tour†yang bertujuan untuk memberikan motivasi dan semangat kepada para pelajar, khususnya pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBPI Gopeng). Program ini dipimpin oleh Penyelia Projek, Fadhilatun Nisa dan dibantu oleh pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM 2020. Fadhilatun Nisa juga terlibat secara langsung dalam program motivasi ini apabila beliau menjadi salah seorang daripada penceramah untuk berkongsi serba sedikit tentang pengalamannya di universiti dan tips untuk memilih haluan pembelajaran setelah selesai menduduki SPM. Beliau juga menasihati para pelajar untuk membina sifat keusahawanan dalam diri tidak kira bidang apa yang diceburi melihatkan keadaan ekonomi negara sekarang.“Kebanyakan orang yang berjaya termasuk Rasulullah, para sahabat, bahkan orang Hollywood yang terkenal, mereka merupakan golongan yang menceburi business,â€
Fadhilatun Nisa disifatkan sebagai seorang mentor yang bersemangat tinggi dan prihatin terhadap semua mentee yang dibimbingnya. Perkara ini dapat dibuktikan daripada pendapat seorang mahasiswi Universiti Teknologi PETRONAS yang cemerlang dengan pencapaian gred purata tertingginya sebanyak 3.97, Nurul Humairah Binti Wadingasafi menekankan betapa banyak ilmu yang telah dipelajari sepanjang berada di bawah bimbingan Fadhilatun Nisa. “Sekecil-kecil aspek dalam kehidupan, seperti pembelajaran, sudah solat Tahajjud atau solat Dhuha, berapa banyak muka surat Al-Quran yang dibaca, semua Kak Nisa akan ambil tahu walaupun schedule Kak Nisa penuh,†tegas Humairah.
Jelaslah, Fadhilatun Nisa wajar dijadikan role model remaja kini untuk melahirkan pemimpin yang berkaliber pada masa yang akan datang.