Menurut Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebanyak 204 syarikat berkaitan industri hotel dan resort menamatkan perniagaan sejak Mac hingga Oktober tahun ini.
Menurut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ia melibatkan 109 syarikat berkaitan penginapan dan perhotelan dan 95 syarikat berkaitan agensi pelancongan, tempahan serta aktiviti berkaitan dan ejen pelancongan.
Dalam pada masa yang sama, jumlah syarikat pengusaha pelancongan yang memohon lesen baharu dan diluluskan dari Mac hingga 31 Oktober 2020 sebanyak 135 syarikat.
Tambahnya, kerajaan telah mengumumkan beberapa pakej rangsangan ekonomi untuk meringankan beban rakyat dan kelangsungan perniagaan termasuk penggiat industri pelancongan.
Pihak kementeriannya turut menyediakan kemudahan pembiayaan seperti Tabung Infrastruktur Pelancongan (TIP) menerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).