Baru-baru ini, trending di Twitter mengenai desas-desus hubungan pelakon dan pengacara, Neelofa dan PU Riz yang dikatakan hampir retak. Ramai netizen yang berkongsikan screenshots dari Instagram stories adik-beradik Neelofa yang seakan memberi hint bahawa hubungan mereka bermasalah.
Bukan itu je, ada juga netizen yang dikatakan telah memfitnah Neelofa dan PU Riz bahawa mereka telah dikahwinkan oleh ayah kandung pelakon itu di Kelantan.
Yang lagi pelik, wanita terbabit juga telah mendakwa Neelofa telah terkena minyak pengasih oleh PU Riz. Katanya, Neelofa telah mengeluarkan ribuan ringgit… RM100,000 tak silap… untuk PU Riz. Memang kecoh betul media sosial waktu tu. Bukak je Facebook, Instagram atau Twitter, isu ini memang hot.
Namun, kali ini wanita yang dikenali sebagai Syamira Safiya akhirnya telah pun tampil dan memohon maaf kepada Neelofa atas tindakannya menyebarkan berita palsu tentang pelakon terbabit.
Menerusi Twitter @syamirasafiya02, wanita terbabit telah memohon maaf secara terbuka dan sekali gus menarik balik kenyataan yang telah dibuat terhadap Neelofa.
“Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020.
Saya mendakwa dan membuat pernyataan itu tanpa asas dan ianya adalah tidak benar.â€
– Syamira
Dalam permohonan maaf itu juga, Syamira mengaku permohonan maaf tersebut dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan mana-mana pihak.
Sebab tu lah jangan cakap pasal benda yang tak pasti. Nasib baik tak kena saman dengan Neelofa.
Permohonan maaf secara terbuka itu juga telah dimuat naik oleh Syamira di Instagram dan di Twitter. Sebelum ini, Neelofa telah mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan yang berlegar-legar di media sosial adalah tidak benar.
Dakwa Neelofa Dah Berkahwin, Wanita Fitnah Neelofa Akhirnya Mohon Maaf
Individu yang didakwa memfitnah pengacara, Neelofa iaitu Syamira Safiya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Twitter.Â
Dalam kenyataan itu, Syamira mengakui mengeluarkan kenyataan di Twitter dan pelbagai platform media sosial lain tanpa asas dan tidak benar pada 26 Disember lalu.
“Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020.
“Saya mendakwa dan membuat pernyataan itu tanpa asas dan ia adalah tidak benar,”
– Syamira Safiya
Syamira juga menegaskan bahawa dia tidak berniat jahat ketika menulis kenyataan itu sekali gus kesal dengan tindakannya.
“Kenyataan itu tidak dibuat dengan niat jahat untuk berbohong atau mencemarkan nama baik mereka.
“Saya juga amat kesal kerana tindakan peribadi ini menimbulkan rasa malu, sedih dan membawa kesusahan kepada mereka,”
– Syamira Safiya
Dalam masa sama, Syamira berkata permohonan maaf itu dibuat atas kerelaan hatinya sendiri.
“Permohonan maaf ini saya buat di atas kerelaan hati saya sendiri untuk saya perbetulkan keadaan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak,”
– Syamira Safiya
Syamira sebelum ini berkongsi beberapa cerita yang disertakan dengan tangkap layar mesej dari aplikasi WhatsApp berkenaan hubungan Neelofa dan PU Riz serta beberapa perkara.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Neelofa menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya sudah berkahwin di Kelantan, terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah duit yang banyak kepada pendakwah muda itu.
*Sumber: Harian Metro
Saya Fitnah PU Riz’ – Syamira Safiya
Individu yang didakwa menyebarkan fitnah mengenai hubungan pendakwah bebas, PU Riz dan pengacara, Neelofa pada 26 Disember lalu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Wanita yang dikenali sebagai, Syamira Safiya menerusi rakaman video yang diterima Harian Metro berkata, segala yang disebarkan di laman Twitter adalah fitnah.
“Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Encik Haris atau PU Riz dan keluarga di atas segala tuduhan yang dilakukan. Saya sedar bahawa segala tuduhan ini banyak bertentangan dengan apa yang Islam ajarkan.
Saya sangat menyesal dengan fitnah yang saya mulakan di media sosial. Saya sangat berharap agar Encik Haris dan sekeluarga dapat memaafkan saya seikhlasnya,”
– Syamira Safiya
Terdahulu, Harian Metro melaporkan, segala tuduhan itu dijawab dan dinafikan Neelofa menerusi hantaran video di Instagram dan kenyataan rasmi yang diedarkan kepada pihak media minggu lalu.
*Sumber: Harian Metro