Dalam posting berkenaan, individu tersebut mengatakan yang dia pernah terlibat dalam sesi penggambaran sebuah program bersama Janna Nick dan mendakwa bahawa pelakon itu membuatkan dia bersama krew lain menunggu lama. Biar betul?
Dulu pernah shoot for some program with her. She made us wait for 4 hours.
Kalau korang tengok ruangan komen, segelintir netizen mengkritik Janna kerana beranggapan yang dia langsung tidak menghormati masa orang lain.
Bukan tu jer, ada juga yang mendakwa pslakon itu adalah seorang yang sombong dan kaki ‘sidai’.
Terdahulu, Janna Nick menjadi mangsa kecaman warga maya setelah dia dikatakan memperkecil-kecilkan usaha orang yang ingin mengekalkan keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan.