Menerusi status yang dimuat naik di Facebook, individu yang menggunakan nama ‘Sara’ itu mengatakan kedua-duanya berjalan sambil berpegangan tangan.
“Saja nak cakap artis yang rumah tangga tengah nak runtuh tu ada kat Giant Kelana Jaya. Jalan-jalan pegang tangan lagi dengan si octopus tu,” ujarnya.
Biarpun tidak menulis nama sebenar nama artis berkenaan, namun ramai yang beranggapan ia ditujukan kepada kedua-dua pelakon berkenaan.
Sebelum ini, Aliff dan Octovia terpalit dengan kontroversi apabila isteri pelakon berkenaan, Bella Astillah mendedahkan kedua-duanya pergi ke kelab malam bersama pada pukul tiga pagi.
Malah, Octovia sendiri telah mengakui tentang perkara berkenaan dan sudah meminta maaf kepada isteri pelakon kelahiran Singapura itu.
Sementara itu, ketika ditanya sama dia sempat mengambil gambar kedua-dia pelakon berkenaan, ‘Sara’ mengatakan dia tidak sempat berbuat demikian.
“Hahahaha. Tak sempat tgkap gambo, benda depan mata. Tgkap gambo dpn2 nt kena saman pulak. Sis is tak tahan. Buat mcm xde apa2 yg berlaku je. Si sotong tu pulak kemain dh mtk maaf kat media kan. Rupanyaa lakonan semata2. Hahaha,” ujarnya.
Sumber: Kopi Planet