Mungkin betul kata pepatah, tiada rotan akar pun berguna. Tidak dapat berkahwin dengan bintang nombor satu, Mawi pun tak mengapa, sekurang-kurangnya kepedihan cinta Ina Naim yang terlerai telah terubat kerana kini dia telah menjadi tunang seorang penyanyi nasyid, Suhaimi Saad, 27 tahun.
Untuk kalian yang tidak mengenali, Suhaimi dulunya pernah bersama kumpulan In Team dan sekarang ini bergerak secara solo dengan menghasilkan sebuah album Kias Cinta.
Berita pertunangan Nor Diana Mohd Naim, 23 dengan Suhami mengejutkan saya kerana sebelum ini tidak kedengaran gosip antara mereka. Senyap-senyap je bercinta dan mereka pandai menutup rahsia. Pada saya, melihat pada peribadi dan karakter Suhaimi, Ina kiranya bertuah kerana mendapat orang yang sebaik Suhaimi. Ina pun mengaku keikhlasan dan kejujuran Suhaimi memikat hatinya walaupun baru 2 bulan berkenalan.
Semoga hubungan mereka kekal dan selamat melangsungkan perkahwinan. Tarikh perkahwinan akan diketahui di sidang akhbar pada hari ini di pejabat operasi kumpulan Hijjaz.
Rombongan keluarga Suhaimi dari Triang, Pahang hadir di rumah ibu bapa Ina di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor menyerahkan dua bentuk cincin merisik dan bertunang bersama lima dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Mereka menetapkan RM10,000 serba satu sebagai wang hantaran yang akan diberikan pada majlis pernikahan. – [Berita Harian]
Sensasi Selebriti mengucapkan tahniah kepada Ina & Suhaimi. Semoga ikatan suci anda berdua kekal sepanjang hayat.