in

In Team, Pak Long, Sharifah Nor di Malam Kesenian Islam

Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST), Bachok, Kelantan bakal mengadakan Malam Kesenian Islam bersempena Hari Keluarga KIST Group Holdings 2010. Acara akan berlangsung pada 16 Jun 2010, bermula jam 9.00 malam hingga 11.30 malam bertempat di perkarangan KIST, di Kandis, Bachok, Kelantan.

Antara pengisian program ini adalah ceramah motivasi bertajuk ”Keluarga Asas Kebahagiaan”, persembahan nasyid, persembahan muzik etnik rakyat Kelantan, deklamasi sajak berunsur ketuhanan serta persembahan multimedia. Malam Kesenian Islam ini terbuka kepada masyarakat sekitar KIST. Pengangkutan bas kepada penduduk sekitar juga akan disediakan. Lokasi-lokasi hentian bas adalah di Gunung, Jelawat, Tok Bali Beris Lalang, Pantai Irama Bachok dan Beris Kubur Besar.

Antara artis-artis yang akan memeriahkan Malam Kesenian Islam ini adalah Kumpulan In-Team, Pak Long, Aziz Desa, Sharifah Nor dan Kumpulan Muzik Etnik Irama Rakyat Kelantan serta Hilmi Rindu. Cabutan bertuah juga akan diadakan.

Kumpulan Inteam akan menampilkan lagu-lagu dari album terbaharu mereka, Allahu Rabbi serta lagu dari album sebelum ini yang lebih bertemakan kekeluargaan serta ketuhanan. Kepada peminat Inteam, jangan lupa untuk datang ke Kolej Islam Sains dan Teknologi pada 16 Jun 2010, jam 8.30 malam, masuk adalah PERCUMA. Pak Long yang glamor dengan lagu Selagi Ada Rindu akan turut mempersembahkan sajak serta lagu untuk penonton pada malam tersebut.

Hilmi Rindu, penyajak tersohor di Terengganu akan turut serta memeriahkan lagi Malam Kesenian Islam dengan deklamasi Sajak beliau yang cukup dikenali. Manakala Kumpulan Muzik Etnik Irama Rakyat Kelantan akan mempersembahkan 4 buah lagu, serta 1 drama rakyat yang berjudul “Waktu Magrib”, berkolaborasi dengan pelajar Diploma Kejururawatan serta pelajar Diploma Pembantu Perubatan KIST.

Kumpulan ini juga menggunakan alatan dari bahan-bahan terbuang sebagai alat muzik mereka. Ingin saksikan kelainan persembahan, jangan lupa datang ke Malam Kesenian Islam, 16 Jun 2010.

Dengan itu pihak penganjur menjemput dan mengalu-alukan orang ramai seluruh Malaysia, khususnya penduduk sekitar Bachok untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan Majlis Kesenian Islam di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara warga KIST dan warga sekitar Bachok

Manakala pada keesokan harinya, Khamis, 17 Jun 2010, akan berlangsungnya Riang Ria KIST iaitu satu program yang dikhaskan kepada semua staf di bawah syarikat KIST Group Holdings Sdn.Bhd. Maklumat berkaitan dengan Malam Kesenian Islam 2010, boleh dicapai melalui laman sesawang, www.kist.edu.my/mki2010

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TM Semarak FIFA Piala Dunia 2010

Wanita Hari Ini Raikan Ulangtahun Ke-26 TV3