[dropcap]B[/dropcap]udiey salute betul dengan singer & songwriter bergelar Imran Ajmain ni. Salute sebab dia antara penyanyi lelaki yang masih bertahan walaupun dunia showbiz Malaysia dihadiri oleh ramai penyanyi lelaki yang rata-rata semuanya berbakat. Salute sebab Imran Ajmain ni jenis penyanyi yang sangat tegar dengan irama balada walaupun sekarang ini, ramai penyanyi suka dengan irama bersifat antarabangsa. Sekurang-kurangnya, Imran tahu apa yang dimahu buat dan apa yang termampu dia buat.
Seingat Budiey, seawal kemunculan Imran Ajmain dengan lagu berhantunya, Seribu Tahun pada tahun 2008, Budiey sudah mengikuti perkembangan jatuh bangun penyanyi kelahiran Singapura ini dulu hinggalah sekarang. Kalau dulu diurus oleh Aswad, dan kemudian Alibi Music, Imran kini melangkah ke depan, bernaung di bawah syarikat rakaman Life Records dan diuruskan oleh Syarikat FIPRO yang juga milik Dato’ Dr Fazley. Ternyata, Imran Ajmain tidak mudah untuk berputus asa membina empayar seninya dengan melahirkan lagu-lagu yang dianggap killer song.
[pullquote align=”right”]In fact, Imran Ajmain adalah antara penyanyi yang menghadiri Party Ulangtahun Kedua Budiey.com pada tahun 2009 yang diadakan di di sebuah restoran Berjaya Times Square.[/pullquote]
Kini, setelah beberapa tahun berhijrah ke Malaysia, Budiey melihat Imran Ajmain sudah mempunyai penggemar muziknya sendiri. Menyedari betapa pentingnya sokongan dari peminat untuk mengukuhkan nama dalam karier seninya, Imran Ajmain telah berjaya mengumpulkan sejumlah peminatnya tersendiri. Maka Tertubuhlah Kelab Peminat Imran Ajmain bergelar IMTIAZ yang telah pun dilancarkan dengan rasminya oleh Imran Ajmain pada 26 Disember yang lalu.
Pelancaran IMTIAZ adalah serentak dengan pelancaran muzik video & karaoke untuk single terbaru Imran Ajmain iaitu Dikalung Kasihan. Syabas Budiey ucapkan.
Jika berminat untuk menyertai kelab peminat Imran Ajmain, anda boleh menghubungi IMTIAZ dengan menghubungi akaun Twitter @OfficialImtiaz.
[dropcap]B[/dropcap]udiey menjadi antara blogger yang hadir untuk menyaksikan majlis bersejarah bagi Imran Ajmain di Red Box The Garden. Pada jam 2 petang itu, Budiey lihat ramai media yang hadir untuk memberi sokongan. Media juga diberi peluang untuk mengasah vokal untuk mengalunkan lagu Dikalung Kasihan menerusi satu pertandingan karaoke bersama media. Tahniah buat Wahi dari Mstar Online yang telah berjaya menggamit perhatian juri dengan persembahannya yang penuh bersahaja. Sebagai juara, Wahi membawa pulang hadiah wang tunai RM250, dua keping tiket masuk ke Universal Studios Singapura dan hamper tajaan Fazley International Productions.
Jom tonton persembahan Wahi Mstar
Bercakap tentang single Dikalung Kasihan ni, Budiey dah diperkenalkan single ini semasa Showcase Imran Ajmain di Hard Rock Kuala Lumpur. Selepas mendengar beberapa kali, iramanya semakin stuck in my head. Walapun single kali ini dianggap biasa-biasa kerana iramanya tidaklah berhantu seperti Seribu Tahun, namun lagu ini ada keunikan tersendiri.
Sekali dengar memang kita rasa, eh senang giler nyanyi lagu ni. Okay fine. Jangan mudah buat andaian ya. Cubalah dulu berkaraoke nyanyi lagu ni, tengok samada korang boleh nyanyi ke tak. Budiey dah pun cuba semasa menyertai pertandingan karaoke bersama media. Ternyata bukan mudah saat awal intronya lagi yang memerlukan kita mengawal tone rendah. Silap haribulan, korang terkehel nanti.
“Lagu ini mempunyai maksud yang mendalam. Saya berharap ramai yang akan menyanyikan lagu ini di pusat karaoke seperti Redbox.”
Jadi, apa kelebihan lagu ini? Imran Ajmain pasti ada jawapannya sendiri. Katanya, kekuatan lenggok suara yang lunak penuh kemelayuan yang dimilikinya menjadi faktor utama dia mengekalkan lagu balada sebagai pertaruhan terbaharu. Budiey bersetuju, lagu ini sesuai dengan vokal Imran Ajmain. Mungkin kerana ini juga, membuatkan Imran Ajmain berasa selesa untuk terus menghasilkan genre itu pada album ketiganya. Lagu ini berkisar tentang perasaan cinta yang berlandaskan rasa kasihan terhadap seseorang.
“Saya ingin lari dari tema yang biasa dalam lagu-lagu Melayu seperti mencintai, meninggalkan dan ditinggalkan. Saya mendapat inspirasi untuk menulis tentang lagu ini setelah saya membaca novel ‘Atonement’ tulisan Ian McEwan. Setelah itu saya menceritakan inspirasi ini kepada penulis lirik dan inilah hasilnya.”
Menurut Imran Ajmain, dia tak sabar untuk memperkenalkan album ketiganya yang akan dipasarkan pada Mac 2013. Hingga kini, Imran sudah pun berjaya merakam empat lagu daripada lapan lagu untuk album ketiga ini.
Ternyata, ramai yang bersetuju genre muzik balada sesuai dengan vokal Imran Ajmain. Selain dipengaruhi lenggok lagu-lagu Melayu asli, vokal Imran dikatakan mencapai nada tinggi yang sederhana, tidak terlalu tinggi tapi Imran ada tone suara rendah yang jelas.
“Saya selesa menyanyikan lagu genre balada. Julat vokal saya pada tahap sederhana dan tidak boleh tarik tinggi-tinggi seperti sesetengah penyanyi. Kebetulan pula, saya mempunyai lenggok Melayu yang baik. Untuk kekalkan lenggok itu, balada adalah caranya.”
“Lagi pula semenjak kecil saya sering mendengar lagu-lagu asli tetapi bila meningkat dewasa saya lebih meminati lagu bergenre R&B. Jadi gabungan minat dan kebolehan suara membuatkan saya memilih balada sebagai genre untuk saya berkarya,”jelasnya yang selesa untuk terus mempertaruhkan lagu-lagu bergenre sebegini.”
Sentuhan balada pada album ketiganya nanti adalah berbeza dan lebih matang berbanding albumnya sebelum ini. Bagi Imran, beliau menggunakan formula di mana album itu harus mempunyai kesinambungan dalam setiap lagu yang terkandung di dalamnya.
“Kalau menerusi album pertama, muzik saya dipengaruhi hip hop dan R&B manakala album kedua, saya bereksperimen dengan elemen lagu-lagu lama. Bagi album ketiga nanti, ia akan sepenuhnya mengikut haluan genre balada yang matang dan berbeza.”
Imran berkata, lagu-lagu balada seperti Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayang sebelum ini diterima ramai kerana formula khas yang diamalkannya dalam mencipta lagu.
“Dari dulu saya berpegang kepada tiga rahsia dalam menghasilkan lagu yang berkesan. Melodinya mesti mudah diingati, tempoh satu minit sebelum korus harus menarik perhatian dan kekerapan menyanyikannya sehingga ia melekat dalam fikiran.”
Menyentuh tentang video klip Dikalung Kasihan yang diarahkan bersama pengarah muda Nasrullah Napi itu, ianya mengambil masa selama tiga minggu untuk disiapkan setelah dirakamkan di Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah dan Genting Highlands, Pahang. Muzik Video lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh B.Azhar ini diterbitkan syarikat produksi Fipro dan diedarkan Life Records.
Imran Ajmain langsung tak risau jika album ketiga nanti tidak mendapat sambutan sebab dia percaya setiap penyanyi harus menggunakan pendekatan yang dilakukan oleh artis indie.
“Artis Malaysia terlalu risau sekiranya album tidak mendapat sambutan. Saya percaya sebagai penyanyi kita harus mengadakan konsert jelajah atau kita akan ‘mati di radio.”
Konsert Jelajah Imran Ajmain
Imran akan memulakan tahun 2013 dengan konsert jelajah di kolej dan universiti seluruh Malaysia bermula dari Johor Bharu hingga ke Langkawi pada setiap hujung minggu.
“Konsert jelajah yang bakal bermula dari bulan Januari hingga April ini bertujuan untuk mempromosikan album ketiga saya yang turut memuatkan single terbaru Dikalung Kasihan.”
Semoga Imran Ajmain terus sukses di masa akan datang.
Media Duet Lagu Imran Ajmain Dikalung Kasihan
Video Sidang Media Pelancaran Dikalung Kasihan Imran Ajmain
Imran Ajmain perform lagu Dikalung Kasihan di Pelancaran Muzik Karaoke
Imran Ajmain Umum Anjurkan Konsert Jelajah Tahun Depan