Imran Ajmain menerangkan bahawa lagu “Padam Dan Pergi” merupakan hasil kerjasama dengan komposer muda Ahmadul Amin. Lagu ini adalah percubaannya untuk mencipta sesuatu yang berbeza dari gaya muziknya yang biasa.
Menurutnya, lagu ini mencerminkan perkembangan peribadi dan muzikalnya serta meneroka stail baru dalam bunyi dan penceritaan. Imran bercadang untuk melancarkan lagu ini setelah mendapat respons yang baik dari penonton di acara-acara indie.
“Padam Dan Pergi adalah pemisahan daripada gaya biasa saya. Lagu ini mencerminkan perkembangan peribadi dan muzikal bagi saya, meneroka stail baru dalam bunyi dan penceritaan.
– Imran Ajmain
“Saya terdetik nak lancarkan lagu ini setelah setahun memanggung di acara-acara indie apabila penontonnya semua hafal dan nyanyikan apa jua lagu yang dipersembahkan atas pentas bersama-sama penyanyinya. Ini untuk mereka semua,â€
Pelancaran lagu baru ini selaras dengan konsert mini Imran di Singapura pada 12 Januari dan juga persembahan di Kuala Lumpur. Dia berharap lagu baharu ini akan memberi pengalaman langsung kepada peminatnya.
“Penerbitan single ini diselaraskan secara strategik dengan konsert mini Malam Seribu Tahun Imran Ajmain di Singapura pada 12 Januari 2024. Konsert tersebut juga diusahakan nanti untuk penggemar di Kuala Lumpur.
– Imran Ajmain
“Saya mempersembahkan lagu baharu ini sebagai sorotan malam konsert, menawarkan penggemar pengalaman secara langsung bunyi baru ini yang melambangkan pemisahan daripada balada lembut mendayu-dayu yang sinonim dengan saya,â€
Lirik lagu “Padam Dan Pergi” menceritakan tentang hubungan yang kompleks dan merungkai perasaan seorang kekasih yang sedang mencari haluan baru dalam hidupnya. Kolaborasi dengan Ahmadul Amin menambah dimensi baru kepada muzik Imran, dengan gitar elektrik memainkan peranan penting.
Imran berharap lagu ini membawa pendengar dalam perjalanan mengenali pelbagai perasaan cinta dan janji-janji masa depan yang lebih baik. Lagu “Padam Dan Pergi” adalah simbol pertumbuhan dan komitmen Imran untuk terus memajukan seninya.
“Kolaborasi dengan komposer muda berbakat seperti Ahmadul Amin ini menandakan pemisahan yang ketara daripada karya terdahulu saya dengan persembahan muzik bunyi fast-tempo pop rock yang dipacu oleh gitar elektrik.
– Imran Ajmain
“Saya mahu mengajak pendengar bersama dalam perjalanan mengenal pahit manis cinta, menghapuskan masa lalu dan merangkul janji masa depan yang lebih cerah. Gitar elektrik mengambil peranan utama, menambah dimensi segar kepada repertoire muzikal saya.
“Padam Dan Pergi merupakan pengakuan pertumbuhan dan sumpah janji seniman untuk memajukan seninya,â€
Konsert Malam Seribu Tahun Imran Ajmain merupakan persembahan pertama dalam siri konsert artis dan band dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia yang dikenali sebagai “Satu Malam Di Singapura”. Konsert ini dianjurkan oleh Elmi Elmo dan Hashtag Media (Malaysia) bersama Gumbira dan A’Art (Singapura) di Victoria Theatre, Singapura.