LIMPAHAN HUJAN AISKRIM MELANDA!
Impian Emas Negara bakal meraikan rakyat Malaysia dengan aiskrim Baskin-Robbins sekiranya Malaysia berjaya menggondol emas
Ianya pasti menjadi satu lakaran bersejarah dan isu terpenting bagi negara Malaysia sekiranya kita berjaya menggondol pingat emas pertamanya. Justeru, Media Prima Berhad melalui inisiatif “Impian Emas Negara” mengumumkan tawaran istimewa kepada rakyat Malaysia andai impian yang sudah lama dinantikan ini dapat direalisasikan. Jika Malaysia berjaya menggapai pingat emasnya yang pertama bagi negara, jenama aiskrim kesukaan ramai, Baskin-Robbins akan membantu inisiatif Impian Emas Negara dalam memberikan aiskrim itu kepada seluruh rakyat Malaysia untuk dinikmati secara PERCUMA!
Aiskrim PERCUMA ini akan diberikan pada hari Rabu, 8 Ogos 2012 di 61 cawangan Baskin-Robbins seluruh Malaysia (kecuali kios di Pantai Hospital, Bangsar dan taman tema Genting) bermula 8.00 malam sehingga 10.00 malam, di mana setiap rakyat Malaysia layak untuk menikmati secedok aiskrim.
“Sememangnya hasrat Media Prima Berhad untuk menyatukan rakyat Malaysia di dalam satu suara untuk bersorak demi jaguh-jaguh kebangsaan kita. Kami berbangga untuk mereka dan kami semua berharap mereka bakal melakukan yang terbaik. Jika Malaysia berjaya menggapai pingat emas pertama Olimpik, apakah cara yang lebih baik untuk meraikannya selain daripada memberikan seluruh rakyat Malaysia aiskrim percuma. Bukan hanya sekadar aiskrim biasa, tetapi di antara aiskrim terbaik di dunia” kata Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen & Ketua Pegawai Eksekutif Studio Primeworks, Media Prima Berhad.
“Kami amat gembira berkongsi visi yang sama seperti Baskin-Robbins dan kami juga ingin berterima kasih kepada mereka sebagai rakan kongsi yang hebat di dalam inisiatif Impian Emas Negara. Ini merupakan ganjaran kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberikan sokongan penuh mereka kepada kontinjen Malaysia di London melalui cara mereka yang tersendiri dan kami berharap inisiatif ini bakal memberi lebih inspirasi kepada negara,” tambah Izham.
Ini juga merupakan julung kalinya Baskin-Robbins menganjurkan pemberian aiskrim secara percuma untuk meraikan detik bersejarah negara.
Menurut Encik Cheah See Yeong, Presiden Golden Scoop Sdn. Bhd. – Baskin-Robbins Malaysia, “Kami ingin untuk meneruskan lagi keseronokan pada malam itu. Mereka yang datang awal pada hari tersebut, bukan sahaja bakal diberikan secedok aiskrim malah baucar eksklusif yang menawarkan tawaran hebat.”
“Ini bakal menjadi salah satu inisiatif TERBESAR kami sehingga kini kerana ia melibatkan seluruh restoran Baskin-Robbins di seluruh Malaysia. Pelanggan juga boleh memilih mana-mana di antara 31 perisa aiskrim yang terdapat di Baskin Robbins. Bagi saya pilihan terbaik yang menjadi symbol kepada acara yang bakal diingati ini adalah perasa coklat Gold Medal Ribbon dan World Class kami,” kata Encik Cheah.
“Kami ingin seluruh rakyat Malaysia bergembira dengan detik kejayaan manis dan cara terbaik untuk berkongsi saat indah ini bersama adalah melalui secedok aiskrim kegemaran Malaysia, Baskin-Robbins. Ini merupakan keramaian yang menggembirakan dan kami ingin setiap rakyat Malaysia untuk terus berasa ceria!” tambah Cheah.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di bawah inisiatif Impian Emas Negara ini adalah peraduan “Chief Official Correspondence” di mana tiga pemenang bertuah telah dihantar untuk menyaksikan sendiri acara-acara yang berlangsung di London. Para pemenang ini (pasukan ibu dan anak) dipilih diantara sejumlah penyertaan yang telah menghantar rakaman video 30 saat tentang mengapakah mereka harus dipilih sebagai wartawan rasmi atau sebagai Chief Official Corresondence bagi temasya sukan dunia itu.
Para pemenangnya diberikan tugas sebagai wartawan penyiaran sebenar serta dilengkapkan dengan peralatan dan keperluan sebenar bagi memenuhi tugasan mereka di sana. Mereka dikehendaki memberikan laporan terkini kepada Malaysia melalui laman sesawang rasmi Impian Emas Negara di www.impianemasnegara.com.my serta melalui ruangan rangkaian sosial yang lain. Antara acara-acara sukan yang bakal mereka hadiri adalah – badminton, acara terjun, tinju, renang dan bola tampar.
Selain tiga pemenang ini, Media Prima turut menghantar seorang selebriti ibu, Aishah Sinclair ke London untuk menghadiri dan membuat liputan majlis “Buka Puasa” bersama atlet-atlet Malaysia dan ibu-ibu mereka.
Sementara itu, pelbagai variasi rancangan TV, dokumentari dan laporan khas disiarkan di kesemua rangkaian TV Media Prima (ntv7, 8TV, TV3 dan TV9) sempena Olimpik sejak Julai lalu. laporan terkini serta jumlah kutipan pingat juga dibawakan oleh pelbagai edisi beritanya termasuklah 7 Edition, Edisi 7, Mandarin 7, 8TV Mandarin News, 8TV Midday Mandarin News, Buletin Utama (TV3) dan Berita TV9.
Antara rancangan-rancangan istimewa sepanjang Olimpik ini adalah:
- Golden Dream (Isnin – Ahad, 9.25 malam – 9.30 malam, ntv7) – merupakan pakej berita padat dan komprehensif yang disiarkan selama 5 minit yang dibawakan oleh pasukan berita ntv7 mengenai laporan terkini temasya Olimpik.
- Gold Rush (Isnin – Ahad, 10 pagi & 7.30 malam, ntv7) – merupakan slot pengisi selama 1 minit bagi melaporkan ringkasan temasya itu.
- Spirit of London (Ahad, 8.30 malam – 9.30 malam, ntv7) – merupakan dokumentari yang bakal mencakupi soal pembangunan dan persediaan acara sukan itu pada setiap minggu. Siri dokumentari 10 episod itu akan memaparkan kisah pelbagai jenis sukan yang bakal dipertandingkan di London termasuklah sejarah penganjuran, peraturan permainan dan maklumat mengenai atlet-atlet terbabit.
- Host City London (Khamis, 7.30 malam – 8.00 malam, ntv7) – merupakan dokumentari mengenai kajian yang melibatkan tuan rumah temasya sukan itu di samping meraikan kehidupan kota di London dan memaparkan aktiviti kebudayaan mereka
- Inazuma Eleven Season 2 (Sabtu, 10.30 pagi – 11.00 pagi, ntv7) – siri animasi kanak-kanak mengenai sukan bola sepak.
- Let’s Go! Dream Team (Sabtu, 1.00 petang – 2.00 petang, 8TV) – rancangan hiburan yang unik melibatkan penyertaan selebriti yang pasti menceriakan lagi hari anda dengan cabaran sukan dan aktiviti menarik.
- Kung Fu Dunk (Sabtu, 4 Ogos, 8.30 malam – 10.30 malam, 8TV) – Drama hit yang membariskan pelakon hebat Jay Chou, Eric Tsang, Charlene Choi, dan Bolin Chen.
Untuk maklumat lanjut berkaitan aiskrim percuma Baskin-Robbins oleh Impian Emas Negara, layari www.impianemasnegara.com.my atau www.baskinrobbins.com.my.
Inisiatif Impian Emas Negara telah dilancarkan pada bulan Mei. Inisiatif ini membawa harapan Malaysia dalam menggapai pingat emas pertamanya sementara memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan sokongan mereka yang tidak terhingga kepada kontinjen Malaysia.
About Baskin-Robbins
Since two ice cream enthusiasts first came up with the idea of having one flavor for every day of the month in a single ice cream store, Baskin-Robbins has led the frozen dessert industry with delicious desserts and flavor innovation. Today, Baskin-Robbins is the world’s largest chain of ice cream specialty shops with more than 7,000 stores in over nearly 50 countries. But what is not commonly known is that Baskin-Robbins is a leader in flavor innovation and development with over 65 years of experience in delivering unique frozen dessert delights all around the world.
Baskin-Robbins is one of the most widely known and respected brands in the U.S. today. Baskin-Robbins has created over 1,000 flavors of ice cream, including no sugar added, fat-free and light options. Its menu also includes frozen yogurt, sorbets, sherbets, beverages, ice cream cakes, sundaes and fresh-packed ice cream for every occasion. And it is just as innovative about the places and the ways it serves these fine products to its customers. Its primary objective is to make each and every visit to Baskin-Robbins memorable and deliciously fun. It intends to stay “Malaysian’s Favourite Premium Ice Cream Brand” in every way.