Siti Nurhaliza yang bakal berangkat ke Mekah pada minggu depan bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan keluarga, berkata, beliau sudah lama menyimpan niat tersebut sejak sebelum hamil lagi.
Menurut Siti lagi, beliau teruja kerana buat pertama kali bakal membawa anaknya, Siti Aafiyah ke Mekah untuk menunaikan umrah.
“Saya selalu berdoa supaya dikurniakan rezeki cahaya mata setiap kali berada di Mekah. Andai diberi rezeki anak, saya mahu bawanya juga ke Mekah.
“Tidak sangka Allah jawab doa saya begitu cepat. Dalam usia Aafiyah baru mencecah setahun lebih dia dapat ke Mekah. Rasanya saya yang menumpang rezekinya,”
– Siti Nurhaliza
Selain Mekah, penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana itu turut menyimpan niat untuk membawa anaknya ke Palestin.
“Saya turut berdoa dan menyimpan niat yang sama ketika berkunjung ke Palestin kira-kira dua tahun lalu. Harapnya suatu hari nanti saya dapat membawa Aafiyah ke Palestin pula,”
– – Siti Nurhaliza
Dalam perkembangan lain, Siti bakal melancarkan lagu raya bersama penyanyi dari Singapura dan Indonesia pada masa terdekat.
Sumber: Gempak