Pantas menarik perhatian, syair atau puisi berlagu yang didendangkan memberi ilham kepada Sufian untuk menghasilkan lagu berentak tradisional yang menjadi kesinambungan kepada syair sepanjang 45 saat itu.
“Sepatutnya, syair dalam lagu Di Matamu itu menjadi penutup persembahan. Namun, disebabkan kekangan masa, perancangan itu tidak dapat dilaksanakan.
“Jadi kami memilih menampilkan kelainan dengan menyelitkan bait syair pada permulaan aksi,”
– Sufian Suhaimi
Bagai menyambung apa yang ditinggalkan, Sufian kemudian memuat naik syair itu dalam media sosial dengan menggunakan tanda pagar #syairdimatamu.
“Saya juga membuka ruang kepada netizen bersyair dan menggunakan tanda pagar berkenaan,”
– Sufian Suhaimi
Bercerita lebih lanjut dengan lagu baharu yang mahu dicipta, Sufian berkata, konsep dan penceritaan single terbabit tidak sama.
Mengakui bukan mudah menghasilkan single baharu selepas kejayaan Di Matamu, Sufian sebaliknya percaya faktor kekuatan lagu sebagai formula berkesan.
“Di Matamu adalah sebuah lagu yang diletakkan pada kedudukan tinggi. Lagu itu ada kombinasi kekuatan melodi, lirik dan cerita di sebaliknya.
“Melangkah ke hadapan, saya mahu terus berpegang prinsip percaya kepada kekuatan lagu. Selebihnya, saya serah kepada peminat untuk menilai sama ada bagus atau sebaliknya,”
– – Sufian Suhaimi
Sufian mengesahkan dia akan tampil dengan single baharu, tidak lama lagi. Kali ini, dia menggunakan khidmat kreatif, Zayn Nakal sebagai salah seorang komposer dendangan itu.
Sumber: Berita Harian