Hafiz berkata keputusan memilih warna berkenaan dilakukan secara spontan tatkala membelek katalog fesyen sambil berbincang dengan pendandan rambutnya.
Menurutnya lagi, imej rambutnya itu diinspirasikan daripada satu daripada watak diminatinya, Roronoa Zoro serta mengakui mahukan perhatian.
Sebenarnya bukan hijau tetapi ‘turquoise’ (biru firus). Saya mengaku warnakan rambut sebab mahukan perhatian. Bila dah buat rasa segan juga. Saya mohon maaf kepada warga Malaysia kerana perkara itu agak sensitif sebenarnya.
Dalam pada itu, Hafiz berkata imej rambut hijaunya itu hanya bertahan lima hari sebelum ianya dibotakkan kerana sedar tindakannya itu memberi pengaruh kurang baik kepada anak sulungnya, Riyadh Zafri.
“Saya lihat tindakan itu juga mempengaruhi budak-budak terutamanya anak saya yang berumur enam tahun. Dia kata, ‘Bonda, saya pun nak rambut macam ayah.’ Beristighfar saya masa itu.
“Saya faham perkara itu salah di sisi agama kita. Saya tidak menghitamkan kembali warna rambut sebaliknya terus membotakkan kepala. Jadi sekali lagi maafkan saya,†katanya.