Pelakon, Shaheizy Sam Abdul Samad sekali lagi dilanda kontroversi apabila penampilan terbaharunya dengan imej sado berotot menerima pelbagai kritikan daripada netizen.
Hai, berotot pun jadi masalah ke? Sam bina badan pun untuk memenuhi watak dalam projek terbaharunya juga kan. Tapi lain pula yang dikomen netizen apabila badan sado dikaitkan dengan alat kelamin menjadi kecil. Aduh, macam-macam.
Tampil Imej Baru, Netizen Kritik ‘Body’
Netizen bermulut puaka di media sosial berpendapat, bentuk badan Sam itu kelihatan tidak sesuai dengan pelakon itu memandangkan Sam dilihat tidak terlalu tinggi.
Netizen justeru mengkritik bentuk badan Sam dengan meninggalkan pelbagai komen berbaur negatif kerana beranggapan penampilan tersebut menjadikan pelakon itu kelihatan lebih pendek.
Hamboi…Sedap-sedap je nak kritik orang ye…Tapi..Biasa la tu, kalau dah artis semua benda orang nak tahu kan.
Baik pun orang nak kritik, yang buruk lagi la kan. So, better buat tak tahu jer la.