in , ,

Akui Kesilapan, Iman Troye Minta Maaf Selepas Teruk Dikecam Netizen

Penyanyi remaja popular, Iman Troye tampil membuat permohonan maaf di akaun media sosialnya selepas mencetuskan kontroversi di Twitter.

Selepas dihujani dengan kecaman hebat, penyanyi Iman Troye akhirnya tampil meminta maaf secara terbuka selepas dituduh tidak sensitif dengan situasi semasa pandemik Covid-19.

Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, mengakui kesalahannya dan memohon maaf atas ketelanjuran ciapan Twitternya baru-baru ini.

“Saya minta maaf dan menyedarinya selepas memuat naik ciapan tersebut. Ciapan tersebut telah mencetuskan salah faham dan saya mengakuinya.

“Perkara itu menunjukkan saya tidak sensitif dan sepatutnya saya menyedarinya,” tulisnya dalam satu perkongsian Instagram hari ini.

Screenshot 2021-05-26 at 9.36.56 AM

Pelantun lagu Teman itu bagaimanapun berkata, dia tidak berniat untuk melukakan hati mana-mana pihak menerusi ciapan tersebut.

“Saya tidak berniat untuk menyakiti mahupun menggores hati mana-mana pihak, terutama petugas barisan hadapan serta mereka yang terkesan kerana pandemik Covid-19.

“Insya-Allah saya akan belajar daripada kesilapan dan perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” ujarnya.

Gadis yang popular dengan lagu Pejam Celik Hari Raya itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang menegur kesilapannya itu.

“Saya mohom maaf. Terima kasih semua yang tegur saya dan akan cuba jadi lebih baik,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Iman dikcam hebat susulan memuat naik ciapan seperti meraikan jumlah peningkatan kes Covid-19 yang merekodkan angka 6,976 kelmarin.

“Happy 6.9K everyone. Congratulations. (Selamat 6,900 semua. Tahniah.) Harap esok dapat 7,000,” ciapnya.

Akui Kesilapan, Iman Troye Minta Maaf Selepas Teruk Dikecam Netizen

Tindakan Iman menyebabkannya menerima kecaman teruk kerana menjadikan isu serius yang sudah mengorbankan banyak nyawa sebagai bahan gurauan.

Malah, ada di kalangan pengguna Twitter memintanya memadamkan ciapan berkenaan kerana menganggap perkara itu sebagai tidak kelakar.

“Padam ciapan itu. Ia sangat tidak kelakar. Ramai yang mati disebabkan COVID-19,” itu antara komen dibuat pengikut Twitter.

Selepas dikecam teruk akibat ciapan berkenaan, Iman akhirnya dilihat menyahaktif akaun Twitter, beberapa jam kemudian.

Susulan ciapan kontrobversi tersebut, Iman juga telah menyahaktif akaun Twitternya.

Sehingga sekarang, namanya masih sohor kini dalam Twitter selepas muncul dalam lebih 37,000 ciapan.

Semoga Iman jadikan kontroversi ini sebagai satu pengajaran dan iktibar supaya menjaga apa yang kita akan tulis dan cakap terutamanya melibatkan isu sensitif seperti Covid-19 kerana ada yang terkorban gara-gara virus ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Boleh Ke Bersenam Selepas Suntik Vaksin COVID-19? Ini Kata Pakar Yang Korang Kena Tahu

MEERFLY

MeerFly Cabar Diri Bereksperimen Dalam Single DUIT, Sebuah Lagu Tema Dalam Drama SCAMMER