Candawara Tahun Baru Cina : I’m The Best Santai Bersama Artis Popular Di TV2
Bermacam cara atau pendekatan diambil untuk membuatkan seseorang itu faham akan sesuatu terutama berkaitan adat resam dan tradisi yang sepatutnya dipupuk dalam diri seseorang sejak kecil lagi. Apatahlagi sekiranya jika ia berkaitan tentang sambutan perayaan yang disambut setiap tahun.
Pendekatan berlainan digunakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina yang disambut 10 Februari depan dengan menyiarkan program candawara menarik yang menampilkan kemunculan artis Cina tempatan. Disampaikan secara santai kepada penonton, program gameshow bertajuk I’m The Best disiarkan pada 11 Februari, jam 3.30 petang menerusi saluran TV2 ini menguji minda peserta dengan soalan-soalan berkaitan perayaan Tahun Baru Cina.
Ia menampilkan gandingan pengacara Janell Chin dan Soo Jin Chuan selain turut dimeriahkan dengan kemunculan artis popular Cina tempat terdiri daripada Crystal Wong, Chan Jia Jian, Chariene Meng, Vinx Lim, Lim Zhi Xiang dan Dorothy Foo.
Saksikan mereka beraksi dalam beberapa segmen permainan antaranya Kaligrafi Cina Berpasangan, Aku Cinta Tang Yuan, Teka-Teki Ular Emas, Tulisan dan Corak Kaligrafi juga segmen Adat Resam yang kesemuanya mengajak penonton turut sama meneka jawapan diberikan selain diselitkan lagu-lagu untuk dinyanyikan dan hiburan bersama.
Adakah golongan artis yang memiliki ramai pengikut ini benar-benar mendalami bidang kaligrafi Cina? Jawapannya akan anda perolehi apabila anda menyaksikan segmen pertama dimana 3 kumpulan artis dikehendaki menjawab soalan kaligrafi dalam tempoh 10 saat. Kumpulan yang gagal menjawab akan disingkirkan.
Seterusnya saksikan keupayaan mereka dalam pertandingan memasak Tang Yuan. Setiap ahli kumpulan bekerjasama dari mencampur tepung pulut dengan sedikit air hingga ke memasak Tang Yuan. Mereka dikehendaki menyiapakan tang yuan dalam tempoh masa tertentu. Kumpulan yang berjaya mencapai misi tersebut akan menang.
Menerusi segmen Teka-teki Ular Emas 3 kumpulan bertanding akan melihat gambar atau perkataan dari skrin televisyen, kemudian membuat gerak-geri supaya ahli kumpulan dalam kumpulannya boleh teka apakah gambar atau perkataan yang ditunjukkan. Segala gambar atau perkataan berkaitan dengan tahun baru Cina, misalnya kuih bakul , limau, jamuan pertemuan semula, mercun dan sebagainya. Kumpulan yang berjaya menjawab paling banyak soalan menjadi pemenang.
Dalam permainan Tulisan dan Corak Kaligrafi, etiap kumpulan dikehendaki membuat tulisan kaligrafi Cina serta mengunting kertas yang berwarna merah yang telah disediakan untuk membentuk perkataan kaligrafi Cina. Keputusan bergantung kepada tulisan dan corak kaligrafi yang tercantik.
Kemuncaknya saksikan mereka melengkapi segmen Adat Resam dimana pengacara akan menanyakan soalan tentang adat resam tahun baru Cina. Mikrofon diletakkan di tempat yang jauh di mana artis akan berebut-rebut untuk menjawab soalan. Keadaan artis tersebut akan menyeronokkan penonton.
Luangkan masa menyaksikan candawara menghiburkan ini hanya di TV2.