Hai semua pembaca Budiey.com yang budiman… Sekarang ini Budiey lihat semakin banyak acara festival yang korang boleh hadir dan sertai. Dalam banyak-banyak acara yang dianjurkan, Budiey sangat teruja untuk hadir di Ilm Arts Festival.
Ilm Arts Festival kembali untuk kali kedua di Malaysia dan sekali lagi akan menjadi platform atau tuan rumah salah satu perhimpunan terbesar artis dari seluruh dunia. Wow, sangat unik event ni sebenarnya. Jadi kat sini, Budiey nak gariskan kenapa korang patut datang!
1. Festival Bertaraf Antarabangsa
[dropcap]U[/dropcap]ntuk info pembaca, The Ilm Arts Festival adalah festival yang pertama di dunia, yang menggabungkan seni; grafiti, rap, nasheed, kaligrafi Islam, puisi, lawak jenaka komedi dan lukisan dalam satu acara.
Budiey masih ingat lagi, semasa pertama kali diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2015, Ilm Arts Festival menjadi trending dan menjadi fenomena luar biasa di mana acara ini kian mendapat perhatian dari seluruh dunia. Lebih gempak lagi apabila festival itu telah menarik minat ramai media untuk datang buat liputan.
2. Seharian Yang Meriah Dengan Selebriti Pelbagai Negara
[dropcap]A[/dropcap]cara ini berlangsung selama sehari sahaja… jadi, anda semua jangan lepaskan peluang ini okay? Ianya berlangsung di iM4U Sentral di Puchong pada 22 Oktober, 2016, dan akan menampilkan persembahan dari lebih 20 artis terkenal dan personaliti terhebat dari pelbagai negara.
Antaranya ialah model hijabi H&M yang pertama bernama Mariah Idrissi, Poet Australia Nour Abu-zeid, pembikin filem dari New York, pelawak Aman Ali dan MBE yang terkenal di dunia serta artis grafiti bernama Aerosol Ali.
[pullquote align=”right”]Itu tidak lagi termasuk beberapa orang penghibur dari Malaysia seperti penceramah motivasi Mizz Nina, penyanyi nasheed Muadz Dzulkefly dan Shahzet. [/pullquote]
Tak dilupakan peminat Nasyid juga akan dihiburkan oleh artis UK, Castillo dan rapper yang akan datang dari Amerika Syarikat yang bernama Essam Muhammad. Wow ramai kan? Hebat-hebat pulak personaliti yang tampil dalam acara ini.
Muslim Bilal juga akan menghiburkan pengunjung bersama-sama dengan penceramah antarabangsa termasuk Nouman Ali Khan, Sheikh Yahya Ibrahim (Kanada) dan Sheikh Omar Suleiman. Haa, siapa yang tak kenal dengan beliau yang baru-baru ini berkongsi pentas dengan Presiden Barack Obama dan pada pengebumian besar dunia juara tinju legenda Muhammad Ali.
3. Selain Berhibur, Kita Dapat Ilmu Yang Bermanfaat
[dropcap]F[/dropcap]estival ini juga akan menjadi satu peluang besar untuk belia Melayu untuk mempamerkan kemahiran seni mereka dan pemenang yang terpilih akan mendapat peluang untuk buat persembahan.
Dengan kerjasama iM4U, penganjur memilih tarikh 22 Oktober kerana ILM juga berasal dari singkatan ‘I Love Malaysia’. Kita harapkan festival ini dapat memberi inspirasi, semangat baru serta mencetuskan idea yang lebih segar kepada remaja selain menggalakkan rakyat Malaysia mencintai dan menghargai seni.
[pullquote align=“left”]The Ilm Arts Festival turut mendapat sokongan dari iM4U FM, Dops TV, Avani Sepang Goldcoast, Tourism Malaysia dan iM4U.[/pullquote]
Festival ini akan diadakan dari jam 10 pagi hingga 8 malam. Tiket untuk acara ini berharga serendah RM50 dan kanak- kanak dibawah umur 12 tahun masuk percuma. Tiket boleh dibeli dengan melayari www.ilmartsfestival.com.
Selain persembahan dari artis, festival ini juga turut mengundang anda semua untuk menyertai Bengkel Rekaan & Fesyen Fashion yang akan dikendalikan oleh Mariah idrissi & Mizz Nina, Film & Photography Workshops yang akan disampaikan oleh Aman Ali & Belal Khaled, Paint & Grafitti Workshops oleh Karim Jabbari & Martin Trevers. Ustadh Nouman Ali Khan, Sheikh Yahya Ibrahim dan Sheikh Omar Suleiman juga akan mengadakan sesi bengkel ekslusif di festival ini.
Selain pelbagai lagi jualan dari Vendors, korang juga dapat bersantapan dengan makanan yang akan disediakan oleh pelbagai jenis makanan dari Food Trucks dan pelbagai akitiviti bagi kanak-kanak yang hadir.