Google Malaysia mengeluarkan senarai Iklan YouTube Malaysia untuk tahun 2015. Senarai itu mewakili 10 iklan popular yang menarik minat penonton di seluruh negara sepanjang tahun lalu dan sambutan jenama terbaik dalam kalangan penonton melalui populariti serta promosi.
Berikut adalah senarai 10 iklan YouTube Malaysia untuk 2015:
# | Jenama | Tajuk | Agensi Media dan Kreatif |
1 | Malaysia Airlines | BLESSINGS, A Malaysian story – #keepflying – Chinese New Year 2015 short film (11:52) | Media: Rally Malaysia
Creative: AELEA Films |
2 | Petronas | #PETRONASRaya 2015: Sampai Hati (6.53) | Media: Zenith
Creative: Leo Burnett |
3 | Malaysia Airlines | FITRAH, A Malaysian Story – #bettertomorrow – Hari Raya 2015 Short Film (9.56) | Media: Rally Malaysia
Creative: AELEA Films |
4 | Astro Gempak | [Raya 2015] Iklan Aidilfitri Astro Kosong Kosong – Kisah Benar Herman (2.00) | Media: Mindshare
Creative: Naga
|
5 | Hotlink | Hotlink 恭喜發財: Grannies Sing Ohhsome Hotlink CNY Song! (2.46) | Media: Mindshare
Creative: APD |
6 | Samsung | Samsung Galaxy Note5 : Official Introduction (2.35) | Media: Starcom |
7 | Nestle | Nestle Koko Krunch | Watch the Minions get up to their usual mischief! (0.20) | Media: Mindshare
Creative: Illumination Entertainment |
8 | Honda | 2015 Honda HR-V – See Amazing From Every Angle (TVC) (0.30) | Media: Dentsu Media
Creative: Dentsu Utama |
9 | Clear Malaysia | CLEAR | Pelangi Cinta: Webisod 2 – Cinta Berputik (4.45) | Media: Mindshare
Creative: Universal Pictures |
10 | Knife | 刀标油感人短片 – 加油 | Add Oil – A short film by Knife (10.00) | Media: Gapture |
Berikut adalah trend bagi senarai di atas:
- Menyentuh hati. Enam dari 10 iklan pada tahun 2015 berkaitan dengan dua perayaan utama di Malaysia iaitu Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri. Lima dari iklan tersebut, memberi kesan melalui kisah menyentuh emosi bertemakan keluarga, pulang ke kampung dan nostalgia, termasuk iklan Hotlink yang bertemakan kekeluargaan melalui muzik video.
- Iklan yang mengambil masa. Senarai itu sekali lagi didominasi oleh iklan digital dengan format untuk penonton YouTube. Jika dilihat jangka masa video 9 dari 10 video melebihi 30 saat, tiga iklan melepasi 7 minit dengan iklan Malaysia Airlines berdurasi hampir 12 minit. Iklan Clear Malaysia pula menerbitkan penceritaan berepisod. Penonton akan terus menonton iklan yang panjang dari jenama yang mempunyai kisah menarik untuk dikongsi.
- Membuat filem, bukan iklan. Apa yang menarik mengenai iklan ini adalah kualitinya, sebagai contoh Petronas dengan kisah ‘Sampai Hati’ yang memberikan kesan khas menarik dan penggunaan warna hitam putih yang diangkat sebagai filem pendek berbanding iklan. Video pendek Astro Gempak pula, menceritakan mengenai kisah benar bekas penagih dadah yang pada penutup video itu mengingatkan penonton mengenai ‘kemaafan’ dan iklan 10 minit dari jenama minyak masak Knife pula menceritakan mengenai hubungan ibu dan anak yang mempromosi kisah sedih dan pada masa yang sama mempromosi minyak masak.
“Iklan-iklan ini menunjukkan kreativiti dalam kalangan penggiat industri iklan di Malaysia pada hari ini — dan kreativiti yang mungkin tidak mampu wujud tanpa kanvas digital. Digital bukan hanya mengenai teknologi, tetapi apa yang dijanjikan iklan video digital ini memberi ruang kepada jenama dan agensi-agensi untuk berkarya dan menjadi lebih kreatif — pada masa yang sama membiarkan komputer menentukan perkara-perkara lain seperti dimana dan bila untuk menayangkan iklan itu,” kata Sajith Sivanandan, Pengarah Urusan Google Malaysia, Vietnam, Filipina dan Pasaran Baru.