Budiey perhatikan, dari dulu sampai sekarang, iklan TV Raya sering mendapat perhatian. Setiap kali tiba musim raya, tak kiralah raya puasa ke, Deepavali ke, Krismas ke, sememangnya iklan TV mencetuskan perbualan hangat masyarakat segenap bangsa dan agama, betul tak?
Kalau tak percaya, korang boleh google atau baca kat blog serta forum, pasti ada tajuk yang membahaskan tentang iklan TV raya. Macam-macam pandangan dan pendapat diutarakan. Kadang-kadang tu, naik juling jugak Budiey baca. Ada yang kata best, ada pulak yang kata tak best, tapi bagi Budiey semua tu kita kena terima sebagai satu pengajaran, satu pandangan yang membina untuk kita bersatu padu, bukan untuk berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri. Dan itu juga, tujuan dan falsafah sebenar di sebalik pembikinan sesebuah iklan raya.
Semua menunggu iklan ini muncul di kaca TV. Budiey pun macam tu gak, tak kiralah raya mana sekali pun, iklan TV memang ada daya tarikan tersendiri. Kalau kita imbas balik, pada tahun 2006, kita dipersembahkan dengan iklan raya bertajuk ‘The Plastic Bowl’ yang cukup menyentuh hati, tak kurang juga iklan berjudul Boyz in the Hood semasa perayaan Deepavali tahun 2003 juga menjadi perbualan hangat.
Antara iklan TV yang Budiey tunggu-tunggu dan nak tengok sangat ialah iklan TV dari Petronas.
Video Sekitar Pelancaran Kempen Deepavali
Iklan TV Petronas dari dulu sampai sekarang memang ada isi yang boleh dikupas. Maksud Budiey, ada mesej yang tersirat dan tersurat. Senang untuk diterjemahkan dalam kehidupan. Sampai ada hati yang tersentuh. Tak kurang ada yang menitis air mata dan ada juga yang bangkit dengan jiwa yang berkobar, bersemangat selepas menonton iklan TV Petronas. Sampai macam tu sekali impaknya.
Pada 5 November yang lalu, Budiey dijemput dan berkesempatan untuk hadir di Majlis Pelancaran Iklan TV Petronas sempena perayaan Deepavali yang akan disambut tak lama lagi. Pelancaran Kempen Deepavali ini disempurnakan oleh Senior General Manager of Group Corporate Affairs, Petronas iaitu Dato’ Mohammad Medan Abdullah.
Sekali lagi, Petronas tak pernah jemu untuk mengupas makna sebenar di sebalik perayaan Deepavali. Malaysia kita memang kaya dengan warisan budaya. Dengan budaya dan adat ini sebenarnya boleh meyatukan hati-hati kita.
Berbanding dengan apa yang dipaparkan di TV, Budiey kira kalau kita tonton di Youtube lagi best. Namun, segala mesej yang ingin disampaikan kepada penonton memang tak jauh beza.
Oh ya, sebelum Budiey lupa, sempena dengan Pelancaran Kempen Deepavali ini juga, Petronas telah mengadakan pameran ‘Be The Light’ di Galeri Petronas yang terletak di aras 3, Suria KLCC.
Budiey sempat singgah dan melihat kesemua bahan pameran yang dipamerkan. Sekurang-kurang kita tahu tentang adat resam, budaya, keseniaan dan gaya hidup masyarakat India. Sangat unik sebenarnya. Macam-macam ada dipamerkan kat sana. Seni kolum, kostum dan pakaian masyarakat India dan tak kurang ada alat muzik serta seni Henna juga ada dipamer kat sini.
Korang boleh tengok sendiiri video dan juga gambar-gambar yang Budiey letak kat bawah ni. Atau nak melihat dengan mata kasar sendiri, silalah berkunjung ke sana.