Iklan raya Monsta sekali lagi telah mencetus fenomena apabila ia telah ‘trending’ di pelbagai platform digital serta meraih lebih 1.5 juta tontonan dalam tempoh 23 jam sahaja selepas dimuatnaik di saluran Monsta Youtube Channel. Iklan Raya Monsta 2022: ‘Kembali Aidilfitri’ tulardi media sosial dengan pelbagai reaksi dan emosi yang ditunjukkan oleh netizen yang teruja menontonnya.
Lebih menarik lagi, iklan ‘Kembali Aidilfitri’ kini berada di tempat pertama YOUTUBE TRENDING, menewaskan musik video ‘Kelepok Raya’ oleh Dato Sri Aliff Syukri & Datin Sri Shahida yang dikeluarkan pada 3 hari lalu.
Di laman media sosial Twitter, hashtag #KembaliAidilfitri telah ‘trending’ di Malaysia dan Indonesia sejurus selepas iklan tersebut ditayangkan. Di laman Facebook rasmi BoBoiBoy, Iklan Raya Monsta 2022: ‘Kembali Aidilfitri’ sudah mencapai lebih dari 1 juta perkongsian dan 3 juta ‘Like’. Manakala di aplikasi trendi TikTok pula, video-video yang menggunakan hashtag #KembaliAidilfitri telah pun mencecah lebih dari 37 juta tontonan.
Iklan Raya Monsta 2022: ‘Kembali Aidilfitri’ yang berdurasi selama 8 minit tersebut memaparkan keriangan BoBoiBoy dan rakan-rakan, beserta Tok Aba dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka di Kota Hilir. Kota Hilir merupakan tempat tinggal asal Tok Aba bersama dengan anaknya Amato,dan arwah isterinya Umi, seperti yang dipertontonkan dalam siri Mechamato, animasi baharu dari MONSTA yang semakin mendapat tumpuan ramai.
Rata-rata netizen sememangnya tersentuh dan berasa hiba melihat Tok Aba mengimbau kembali kenangan mesra bersama Amato dan Umi,dan merindui kehadiran mereka disisinya. Ramai yang telah membuat video reaksi serta video teori tentang kehidupan masa lalu Tok Aba dan arwah isterinya dan berkongsi di saluran Youtube.
Turut menjadi tumpuan adalah fesyen terbaharu pakaian BoBoiBoy dan rakan-rakannya. Rekabentuk karakter yang lebih moden dan mengikut peredaran zaman sekarang sememangnya mengujakan para peminat animasi BoBoiBoy.
“Walaupun iklan raya kali ini menekankan tentang kepentingan menyambut Aidilfitri dengan yang tersayang, ia turut mengajak kita untuk sentiasa mengingati mereka yang sudah tiada. Selain itu, melihat kepada tema ‘balik kampung’ yang dipertontonkan, iklan raya ini diharap dapat memberi keriangan kepada penonton yang merindui suasana pulang ke kampung halaman untuk meraikan raya bersama sanak saudara.
Secara tidak langsung, ia juga merupakan hadiah istimewa daripada MONSTA buat para peminat setia yang sentiasa memberikan sokongan tanpa henti kepada siri animasi BoBoiBoy dan Mechamato,” kata Pengarah Marketing Agency & Distribution Monsta, Faiz Zainal Aabidin.
Iklan raya ‘Kembali Aidilfitri’ turut ditayangkan di stesen televisyen tempatan TV3 dan Astro Ceria, serta disiarkan di stesen televisyen Indonesia RTV sepanjang perayaan Aidilfitri 2022 ini. Tonton Iklan Raya Monsta 2022: ‘Kembali Aidilfitri’ di sini. [Youtube]
Iklan Raya Monsta 2022: Kembali Aidilfitri
1. Monsta Youtube Channel: #KembaliAidilfitri – Iklan Raya BoBoiBoy 2022
2. Facebook BoBoiBoy: https://www.facebook.com/watch/?v=1464872157262087
3. Twitter BoBoiBoy:https://twitter.com/BoBoiBoy/status/1517369768692490240
4. Tiktok BoBoiBoy: https://vt.tiktok.com/ZSdDjr71F/
5. Instagram BoBoiBoy: https://www.instagram.com/boboiboy/
Mengenai Monsta:
Monsta adalah syarikat harta intelek dan watak yang telah menghasilkan pelbagai siri animasi, filem dan produk pengguna dalam masa lebih dari sedekad. Syarikat ini dikenali dengan francais animasi popular BoBoiBoy, Papa Pipi, siri pelancongan Fly With Yaya, dan juga siri animasi akan datang yang amat dinantikan iaitu Mechamato. BoBoiBoy merupakan satu kejayaan luar biasa di rantau Asia, dengan lebih 6 bilion tontonan di YouTube sehingga hari ini.
Laman Facebook Rasmi:
1. https://www.facebook.com/BoBoiBoy/
2. https://www.facebook.com/officialmonstastudios/
3. https://www.facebook.com/mechamato
Laman Youtube Rasmi:
1. https://www.youtube.com/user/monsta
Laman Instagram Rasmi:
1. https://www.instagram.com/boboiboy/
2. https://www.instagram.com/monsta.official/
3. https://www.instagram.com/mechamato/
Laman Twitter Rasmi:
1. https://twitter.com/BoBoiBoy
2. https://twitter.com/MonstaOfficial_
3. https://twitter.com/mechamato