in ,

Iklan Raya Memori Eidulfitri Dapat Sambutan Penonton, Ini Hidangan Istimewa Raya dari Monsta!

Monsta meneruskan sambutan 10 tahun bersama BoBoiBoy yang bertemakan ‘BoBoiBoy Beyond’ dengan membawakan dua program istimewa raya bersempena dengan perayaan Aidilfitri yang bakal tiba pada 13 Mei ini.

Salah satu daripada program khas Monsta tahun ini adalah iklan raya yang bertemakan ‘Memori Eidulfitri’. Selepas iklan raya ‘Kebenaran Raya’ pada tahun 2019 yang telah viral dan berjaya mencapai tontonan sebanyak berbelas juta di sekitar ruangan media sosial, iklan raya tahun ini pastinya dinanti-nantikan oleh jutaan peminat dan para penonton tempatan. Buat pertama kalinya, Monsta akan menampilkan seisi keluarga adiwira negara ini di dalam beberapa adegan nostalgia seperti BoBoiBoy bersama ayahnya AmatoTok Aba dan juga Umi, nenek kepada BoBoiBoy.

01_Main_Keyart_MonstaRaya2021

Ketua Jenama dan Jualan Antarabangsa, Monsta, Faiz Zainal Aabidin berkata, “Iklan Raya ini akan memberi kejutan. Selepas 10 tahun, para peminat dapat menyaksikan kemunculan pertama ibu BoBoiBoy, yang sentiasa menjadi topik hangat perbualan para penonton siri animasi ini. Kami sarankan kepada mereka yang ingin melihat sekilas rupa ibu kepada superhero tempatan Malaysia, anda perlu menonton iklan raya ‘Memori Eidulfitri’ yang berdurasi selama 4 minit setengah ini hingga ke pengakhirannya.”

Iklan raya ‘Memori Eidulfitri’ akan dimuatnaik pada 7 Mei (Jumaat), jam 8 malam di laman YouTube rasmi Monsta serta Facebook rasmi BoBoiBoy. Ia juga akan turut ditayangkan di kaca televisyen dan laman-laman digital utama, bukan sahaja di Malaysia, malah akan turut ditayangkan di stesen televisyen Indonesia.

Kemeriahan raya dari Monsta tidak terhenti di situ. Lagu raya popular Papa Pipi, ‘Aneka Baju Raya’ yang dinyanyikan oleh watak animasi popular Papa Zola dan Pipi Zola kini tampil dengan olahan baru yang dinyanyikan oleh selebriti terkenal Hannah Delisha. 

08_AnekaBajuRaya_01

Kemerduan suara dan irama nyanyian artis Hannah Delisha ini bakal membuatkan para pendengar dan penonton merasai keseronokan untuk memperagakan pelbagai jenis baju raya pada Aidilfitri ini. Lagu ‘Aneka Baju Raya’ ini akan dimainkan di saluran-saluran radio utama tanah air dan juga pelantar muzik digital. Klip penuh muzik video lagu ‘Aneka Baju Raya’ versi Hanna Delisha boleh ditonton di YouTube rasmi Monsta, Facebook dan Tik Tok rasmi Papa Pipi.

Sambutan Aidilfitri sememangnya akan membawa keriangan serta imbauan memori hari-hari lalu yang dipenuhi dengan keseronokkan beraya bersama seisi keluarga. Walaupun dengan perintah kawalan pergerakan PKP dan PKPB yang telah dikuatkuasakan untuk musim perayaan tahun ini, Monsta berharap para peminat dan penonton yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri akan tetap terus memeriahkan hari kemenangan umat Islam ini dengan rasa gembira dan bersyukur, tidak kira secara bersendiri atau dengan keluarga yang terdekat.

09_AnekaBajuRaya_HannahDelisha_02

Iklan Raya : Memori Eidulfitri [ #MemoriEidulfitri ]

  1. Monsta Youtube Channel : https://youtu.be/rM3jf3-5LVE
  2. Facebook BoBoiBoy : https://www.facebook.com/BoBoiBoy/

Lagu Raya : Aneka Baju Raya Versi Hannah [ #AnekaBajuRaya ]

  1. Monsta Youtube Channel : https://www.youtube.com/user/monsta
  2. Facebook Papa Pipi : https://www.facebook.com/papapipizola/
  3. Tik Tok Papa Pipi: https://www.tiktok.com/@papapipi

Lirik Penuh ‘Aneka Baju Raya’: 

“Selamat Hari Raya, semua!”

C/o : Satu dua tiga.

  Pilih yang mana?

  Nak pakai baju apa?

Verse 1 : Warna warni, pakai baju raya.

  Baju baru, aneka gaya.

         Baju kurung, baju melayu, baju kebaya! Hey!

         Semua ceria! Jom, kita beraya!

C/o: Satu dua tiga.

 Pilih yang mana?

       Nak pakai baju apa? (Hari Raya!)

 Satu dua tiga.

 Nak warna apa?

 Kuning, biru, magenta. (Aidilfitri!)

Verse 2 : Baju warna warni.

         Syawal Aidilfitri.

         Bling! Bling! Bling, sana sini!

         (Hey, Ewah! Ewah!)

         Segak-segak semua.

         Cantik-cantik belaka.

         Gembira raya!  

         Selamat Hari Raya!

C/o: Satu dua tiga.

 Pilih yang mana?

       Nak pakai baju apa?

 Satu dua tiga.

 Nak warna apa?

 Kuning, biru, magenta.

Verse 3 : Semuanya, segak dengan baju raya!

                      Raikan aidilfitri di hari mulia.

         Baju kurung cantik berbunga bunga.

         Ok semua, jom kita beraya !

Bridge : Papa Zola : Selamat Hari Raya, semua!

Pipi           : Selamat Hari Raya, papa!

       Mamazila : Jom, kita nyanyi sekali lagi?

            Pipi          : Hmm!

             Nekpi       : One more time!

C/o : Satu dua tiga.

 Pilih yang mana?

       Nak pakai baju apa?

 Satu dua tiga.

 Nak warna apa?

 Kuning, biru, magenta. (Cantiknya!)

Outro : Salam Aidilfitri mulia (Kita bergembira).

     Ampun maaf dipinta (Selamat Hari Raya).

Mengenai Monsta: 

Monsta adalah syarikat harta intelek dan watak yang telah menghasilkan pelbagai siri animasi, filem dan  produk pengguna dalam masa lebih dari sedekad. Syarikat ini dikenali dengan francais animasi popular  BoBoiBoyPapa Pipi, siri pelancongan Fly With Yaya, dan juga siri animasi akan datang yang amat  dinantikan iaitu MechamatoBoBoiBoy merupakan satu kejayaan luar biasa di rantau Asia, dengan lebih  6 bilion tontonan di YouTube sehingga hari ini. 

Laman Facebook Rasmi: 

1. https://www.facebook.com/BoBoiBoy/

2. https://www.facebook.com/officialmonstastudios/

3. https://www.facebook.com/papapipizola/

Laman Youtube Rasmi: 

1. https://www.youtube.com/user/monsta

Laman Instagram Rasmi: 

1. https://www.instagram.com/boboiboy/

2. https://www.instagram.com/monsta.official/

3. https://www.instagram.com/papapipizola/

Laman Twitter Rasmi: 

1. https://twitter.com/BoBoiBoy

2. https://twitter.com/MonstaOfficial_

3. https://twitter.com/papapipizola_

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Walaupun PKP, Rozita Che Wan Dah Siap Sediakan 20 Pasang Baju Raya Tahun Ini

Israel Sasar Youtuber Muslim Seluruh Dunia, Selit Iklan Propaganda Untuk Raih Simpati