in , ,

Ikhmal Nour Tular Nyanyi Lagu Arab di TikTok, Lancar Single PANDANG PANDANG

Ikhmal Nour tular di Tiktok menyanyikan lagu Arab, kini membawa nafas baru dalam industri muzik.

Dikenali ramai di sosial media dengan alunan irama Arab merdu dan rambut hijaunya, Noor Ikhmal Haqim bin Noor Azhar,20 kali ini muncul dengan single pertamanya berjudul Pandang-Pandang. 

Lagu Pandang-Pandang ciptaan DJ Fuzz, Aziquebeats dan Ikhmal Nour sendiri itu jelas mempunyai sentuhan dan irama Arab. 

Ikhmal Nour memilih untuk menyanyi irama arab kerana dia mahu membuka minda orang Malaysia bahawa irama arab bukan hanya untuk nasyid sahaja.

Sementara itu, Dj Fuzz atau nama sebenarnya Farzwa De Attaher Emir Farit Emir,45, selaku komposer lagu berkenaan berkata, Ikhmal mempunyai bakat untuk menyanyi dan berpotensi menjadi artis rakaman. 

“Saya nampak Ikhmal ada potensi untuk jadi artis daripada cara dia membawa dirinya. Ikhmal ada bakat untuk menyanyi, tetapi dia jarang tonjolkan kebolehanya itu.

“Dengan bakatnya, saya rasa Ikhmal boleh pergi jauh. Dan lagi satu, Ikhmal mahir bertutur dalam bahasa arab, itu sudah ada satu kelebihan yang bagus. 

– Ikhmal Nour
Ikhmal Nour

Dalam masa yang sama, Ikhmal Nour rajin menghasilkan video di Tiktok dan Instagram kerana suka orang sekelilingnya gembira dan berasa puas hati melihat keceriaan penontonnya. 

“Saya masih suka membuat konten untuk semua orang tapi saya ingin menceburi
bidang seni muzik kerana minat menyanyi sejak dari sekolah lagi”.

– Ikhmal Nour
Ikhmal Nour

Terdapat syair arab tradisional dalam lagu Pandang-Pandang yang merupakan salah satu genre yang sangat jarang dinyanyikan dan diketahui. Syair ini merupakan syair yang sangat terkenal pada eranya, sejak abad ke-13. 

Tema syair ini yang memuji kecantikan dan bertemakan keanggunan dan elemen elemen yang membawa kepada rupa yang seumpama dengannya. 

“Ikhmal dan team Mixology Music jadikan syair ini sebagai ukur atas penciptaan lagu ni. Ada “vibes” arab modern dan kontemporari dan sedikit elemen melayu tradisional”. 

– Ikhmal Nour
Ikhmal Nour

Ikhmal Nour didedahkan dengan budaya arab semenjak Ikhmal berada di sekolah menengah oleh ustazahnya yang bernama Intan. Ikhmal Nour rasa berterima kasih kepada ustazah Intan kerana membuat dirinya sedar bahawa budaya muzik arab bukan sahaja nasyid malahnya ada jugak genre-genre lain. 

“Ikhmal memilih untuk memulakan perjalanan Ikhmal dengan irama arab kerana sekarang ini sudah kurang penyanyi di Malaysia menyanyi lagu-lagu irama arab seperti dulu. Dulu ada Yassin, Waheeda dan lain lain.

Dari situ, Ikhmal mengambil peluang yang besar ini untuk menunjukkan kebolehan Ikhmal iaitu dalam irama arab”. 

– Ikhmal Nour

Lagu Pandang-Pandang sudah boleh didengar di semua platform striming dan YouTube bermula 12 Ogos 2022.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PEKIN IBRAHIM

Tahniah! Mona Allen & Pekin Ibrahim Bakal Timang Anak Lelaki

Drama Bersiri PEKAN KECIL KAMPUNG TERPENCIL Kerjasama RTM Dan DBP