in , ,

Ika Mustafa Harap Single PUJA Beri Harapan Baru Selepas Pandemik

Situasi pandemik masa kini tidak menjadi penghalang kepada Ika Mustafa untuk terus berkarya apatah lagi dengan pengalaman beliau menjadi suara latar kepada lagu artis-artis di bawah komposisi Audi Mok. 

Ika Mustafa mungkin nama baru bagi sesetengah orang, namun beliau sudah lama berada di dalam industri muzik ini. Sebelum ini beliau pernah melahirkan beberapa buah single antaranya ialah lagu ‘Damaikanlah’ yang menjadi runut bunyi kepada sebuah drama dan mendapat tontonan di Youtube sebanyak 665,000 sehingga hari ini. 

Situasi pandemik masa kini tidak menjadi penghalang kepada Ika Mustafa untuk terus berkarya apatah lagi dengan pengalaman beliau menjadi suara latar kepada lagu artis-artis di bawah komposisi Audi Mok. 

Ika Mustafa Harap Single PUJA Beri Harapan Baru Selepas Pandemik

Semangat beliau menghasilkan single ‘Puja’ perlu diberi pujian kerana beliau telah merakamkan lagu tersebut sendiri di rumah. Selesai rakaman, hasil tersebut terus diberikan kepada Audi Mok, Shazee Ishak dan Tysha Tiar yang juga merupakan komposer dan penulis lirik serta penerbit lagu tersebut untuk ditambah baik untuk menjadikan lagu yang lengkap. 

“Sememangnya pandemik ini benar-benar menguji kita semua namun dalam masa yang sama membuatkan kita menjadi lebih kreatif. Ika sudah lama menunggu untuk melancarkan lagu baharu, namun asyik terhalang.

Jadi, bila dapat peluang yang sebegini dibantu dengan teknologi yang maju sekarang ini membuatkan semuanya menjadi kenyataan.

Ika harap lagu Puja ini berjaya menambat hati semua pendengar dan terus memberikan sokongan kepada Ika dan lagu ini “

– Ika Mustafa

Lagu PUJA ini boleh mula didengar di semua pelantar digital bermula 10 September 2021. Lirik video juga telah dilancarkan pada 14 September 2021 lalu di saluran Youtube Alternate Records & Talents

Ika Mustafa Harap Single PUJA Beri Harapan Baru Selepas Pandemik

Lirik Lagu PUJA

Tajuk : PUJA

Artis : Ika Mustafa

Komposer / Lirik : Audi Mok/ Tysha Tiar

Penerbit : PERSATUAN

Verse 1

Kadang-kadang ku

Terfikir fikir

Pandanganmu terhadapku

Curi-curi ku

Lihatmu lihatku

Setiap tingkah laku (uh-ohh)

Pre Chorus

Gurau gurau manja

Gelak tawa

Buat aku jatuh

Hati pada kamu

Do you feel it too

Chorus

Oh ku tertanya

Do you puja me

Like how I puja you

Jangan jangan malu malu

Don’t chu be shy

So do you puja me?

Like how I puja you?

Katakan lah diriku yang kau suka

Karna kau pun ku puja

Won’t chu love me love me

Puji puja aku

Won’t chu love me love me

Puji puja kamu

Verse 2

You don’t need to be cool

Pura pura tak tau

I know, you know

I pun suka you

Whenever you’re around

Lain dari yang lain

I know, you know

I pun mau you

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Disney+ Hotstar Siar Trailer Pertama HAWKEYE, Bakal Ditayangkan Pada 24 November

HERO MALAYSIAKU Penghormatan Buat Frontliner & Rakyat Malaysia