Seperti Masjid Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, al-Aqsa juga menjadi tumpuan umat Islam terutama pada 10 malam terakhir. Mereka menghidupkan Ramadhan dengan beriktikaf sehingga selesai mengerjakan solat tarawih berjemaah.
Sempena Ramadhan yang bakal menjelang, pelakon Zoey Rahman dan penyanyi yang sedang naik Siti Nordiana ingin mengajak peminat dan umat Islam meraikan saudara-saudara kita yang beriktikaf di masjid al-Aqsa dengan memberi sumbangan bagi penyediaan juadah berbuka puasa.
Rasulullah SAW bersabda, “Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” HR.Tirmidzi
Masjid al-Aqsa adalah satu antara 3 masjid utama bagi umat Islam, namun ia tidak bebas seperti Masjid Haram dan Masjid Nabawi kerana ia dikawal oleh tentera Zionist. Oleh itu Zoey Rahman dan Siti Nordiana mengambil keberkatan bulan Ramadhan Al Mubarak untuk mengajak masyarakat Malaysia bersama-sama menyumbang kepada projek menyediakan juadah berbuka puasa untuk jemaah di Masjid Al Aqsa. Moga dengan hanya RM50, Ramadhan tahun ini memberi rahmat dan keberkatan kepada hidup kita.
Berbanding dengan menyambut Ramadhan di Malaysia yang penuh kemudahan dan kemewahan ketika waktu berbuka. Rakyat Palestin hanya menyambut dengan kadar serderhana. Moga dengan sumbangan rakyat Malaysia, kita dapat mengurangkan beban mereka dan memberikan senyuman pada wajah mereka.
Kepada yang berminat boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank “Ukhwah for Ummah (U4U)” 5647 9912 4590 atau boleh kunjungi laman sesawang www.ukhwahforummah.org untuk membuat sumbangan atas talian.