in ,

iflix Murah Hati Kasi Voucher VIP Percuma Tiada Batas Kawalan Selama Sebulan

Jadi iflixVIP selama sebulan, anda boleh saksikan filem-filem seperti KL Zombi, KL Special Force, The Outlaws, Mr.Vampire, The Accidental Detective 2, Jail, Jab We Met dan banyak lagi.

Sebagai inisiatif bagi menyahut saranan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari yang telah berkuat kuasa sepenuhnya oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin pada 18 Mac lalu, iflix menyarankan rakyat Malaysia supaya mengambil langkah proaktif untuk turut sama menyumbang ke arah ketenteraman negara dengan mengurangkan pergerakan seharian.

  • Langkah pertama,daftarkan voucher iflixVIP secara PERCUMA di www.iflix.com/redeem bermula 19 sehingga 31 Mac.
  • Kedua, masukkan kod akses (tonton_iflix) untuk lantik diri sendiri sebagai iflix VIP.
Quarantine Voucher

Menurut Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iflix, 

“Ramai juga yang mengeluh apabila mendapat arahan supaya duduk di rumah, tidak boleh keluar bercuti, perlu bekerja dari rumah dan sebagainya.

Kami di iflix tetap akan memberikan terbaik untuk anda dengan menawarkan pelbagai seleksi cerita menarik buat penonton secara percuma.

Selain memberikan perkhidmatan PERCUMA untuk pelbagai siri drama dan filem seperti Dua Garis Biru, Ombak Rindu The Series, Bikers Kental, KL Gangster Underworld di iflix, seleksi filem iflixVIP juga menawarkan filem KL Zombi, KL Special Force, The Outlaws, Mr.Vampire, The Accidental Detective 2, Jail, Jab We Met dan filem-filem Korea dari ‘tvN Movies’

Bermula 19 hingga 31 Mac, anda boleh mendaftar sebagai iflixVIP dengan menebus kod tebusan (tonton_iflix) dan berpeluang menikmati pelbagai cerita yang eksklusif sah selama sebulan.

Ini adalah masa yang sesuai buat anda sekeluarga beristirehat di rumah ‘feeling ala VIP’ kerana cerita yang ‘lock’ di iflix, anda boleh ‘unlock’ menggunakan voucher tersebut,”

Dinesh Ratnam
Dinesh Ratnam - Country Manager iflix Malaysia

Memandangkan cuti sekolah yang panjang, iflix juga menghimpunkan lebih 500 cerita kanak-kanak yang boleh di tonton bagi membantu ibu bapa melaksanakan sesi pembelajaran dan hiburan bersama anak-anak.

Untuk mengelakkan anda merasa buntu dan bosan, iflix turut menyediakan pelbagai siri drama dan filem komedi untuk mengisi aktiviti anda semasa perintah kawalan pergerakan. 

Daftar kan iflixVIP secara PERCUMA mengguna kod akses yang diberikan iaitu (tonton_iflix) selama sebulan sehingga 31 Mac. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gara-Gara Mahu JIWA ke AJL, Vokalis Neon Band Berdarah Hidung

dimsum entertainment & SayPBS Lancarkan Kandungan Berbentuk Ilmiah