in , ,

IDW Bawa Sentuhan Rekaan Dalaman ‘Dubai’ Kepada Rakyat Malaysia

Siapa yang pernah menyangka untuk menggapai kejayaan seusai tamat pengajian tinggi. Mungkin pada waktu itu, kebanyakan graduan masih mencari hala tuju dalam bidang yang mereka ceburi. Namun, seawal usia 21 tahun, pasangan suami isteri, IDr Lokman Hakim Ahmad Subki dan IDr Rabiatul Adawiyah Rasol yang berjaya menubuhkan syarikat reka bentuk dalaman yang dikenali dengan IDW Design & Build Sdn Bhd (IDW).

Mula bertapak dalam industri pada 2007 apabila masing-masing baru sahaja tamat pengajian Diploma Rekaan Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Langkah pertama IDW bermula di Seksyen 7, Shah Alam. 

Langit tidak selalu cerah. Dalam ketika pasangan ini masih berjinak untuk meneroka selok-belok perniagaan, mereka juga tidak terlepas dari menghadapi kesukaran bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang keperluan konsultasi hiasan dalaman. Ini kerana orang ramai masih tidak terbuka untuk membayar bagi sebuah idea sehingga ada yang pernah memperlekehkan usaha mereka.

IDW Bawa Sentuhan Rekaan Dalaman 'Dubai' Kepada Rakyat Malaysia

Tidak lama kemudian, pasangan suami isteri ini seperti berada dalam fantasi apabila ditawarkan projek pertama mereka untuk membina sebuah banglo berharga RM1.1 juta. Tidak terhenti disitu, hasil usaha keras dan keazaman yang tinggi, dua tahun kemudian IDW menerima satu lagi projek besar di bangunan Kolej Antarabangsa KFCH di Johor. 

“Itu merupakan percubaan pertama kami mengendalikan projek berskala besar (80,000 kaki persegi) dan ia berjaya dilunaskan dalam masa setahun setengah. Projek besar itu mendapat perhatian ramai pihak dan meletakkan IDW lebih jelas dilihat dipersada tanah air serta negara jiran.” kata Lokman Hakim.

Penglibatan IDW bukan sahaja terbatas dalam industri tempatan sahaja. Malah, syarikat ini juga melihat peluang untuk menerokai pasaran antarabangsa. Justeru, inisiatif untuk melibatkan diri dalam Ekspo Dunia menjadi salah satu aktiviti wajib bagi mereka untuk mendapatkan inspirasi dan meluaskan pendedahan dalam bidang ini.

IDW Bawa Sentuhan Rekaan Dalaman 'Dubai' Kepada Rakyat Malaysia

“IDW sering menghadiri Ekspo Dunia yang diadakan 5 tahun sekali ini tanpa gagal bermula dari Shanghai 2010, Milan 2015 dan kini Dubai 2020.” ujar Rabiatul.

“Ekspo Dunia, atau secara rasminya dikenali sebagai Pameran Berdaftar Antarabangsa, merupakan himpunan negara seluruh dunia yang khusus mencari jalan penyelesaian kepada cabaran semasa dengan menawarkan pengalaman menyeluruh melalui aktiviti yang menarik dan mengasyikkan. Bagi kita di IDW, peluang yang ada sentiasa akan dimanfaatkan untuk mencari idea baharu bukan sahaja di Dubai, malah di sepanjang perjalanan kami menjelajahi dunia.” kata Lokman Hakim.

IDW Bawa Sentuhan Rekaan Dalaman 'Dubai' Kepada Rakyat Malaysia

Sekadar makluman, Ekspo berkenaan diadakan setiap 5 tahun sekali. Namun, anjuran bagi tahun 2020 telah ditunda kepada tahun ini akibat kesan daripada wabak Covid-19 yang melanda dunia. 

“Seperti yang kita tahu, dunia dilanda pandemik dan kebanyakan kita tersekat di rumah hampir dua tahun. Sejujurnya, agak mencabar untuk menjadi produktif, dan sukar untuk kami mendapat ilham rekaan baru akibat keadaan ketika itu. Namun seiring membiasakan norma baharu, kami optimis berkarya. DIsebabkan itu, IDW amat teruja ke Dubai kali ini dan mengerah idea lebih inovatif dan serba baru.

“Perkara yang menarik perhatian IDW terhadap Ekspo Dunia adalah astaka luar biasa yang direka oleh 190 negara. Bayangkan, beratus budaya dan rekaan diletakkan dalam satu kawasan yang besar, dan kami dapat menyaksikannya secara nyata,” katanya.

IDW Bawa Sentuhan Rekaan Dalaman 'Dubai' Kepada Rakyat Malaysia

Ekspo Dunia tahun ini diadakan di Dubai kerana ia pernah dinobatkan sebagai kota pesat membangun terpantas dunia. Pengalaman ini memberi inspirasi kepada pasangan ini, malah mampu menjadi sumber idea untuk rekaan mereka pada masa akan datang.

“Hanya dalam masa 30 tahun, Dubai kini dikenali sebagai tempat yang sangat maju, memiliki menara tertinggi di dunia, pusat beli-belah terbesar dan mewah selain bangunan seni bina Arab serta Eropah.

“Oleh itu, IDW mengambil peluang ini bukan hanya untuk Ekspo Dunia, tetapi juga akan melawat hotel menakjubkan, rumah dan tempat bersejarah di bandar itu. Di sini antara tempat yang kami lawati akan ditayangkan di YouTube pada Januari 2022.”

Antara yang mereka kunjungi ialah Hotel Rove World Expo, Hotel Palazzo Versace, Hotel Armani, Jumeirah Al Qasr, Atlantis Resort, St. Regis Hotel, Al Seef Old Dubai dan Dubai Creek. Kesemua lokasi ini memberi seribu satu kenangan yang tidak akan dilupakan. Malah, rasa keterujaan itu ingin mereka kongsikan kepada penggemar reka bentuk dalaman tanah air.

IDW Bawa Sentuhan Rekaan Dalaman 'Dubai' Kepada Rakyat Malaysia

Oleh itu, sekembalinya ke Malaysia, IDW akan menganjurkan ‘Mega Consultation Days’ terbuka untuk rakyat Malaysia. Penjimatan sehingga RM 1000, orang ramai kini berpeluang untuk bagi merasai pengalaman konsultasi reka bentuk dalaman secara percuma terhad untuk 7 hari sahaja! 

“Kami baru sahaja tiba, tetapi tidak sabar untuk membawakan suasana ‘Dubai’ ke rumah rakyat Malaysia dengan sentuhan moden, mewah dan eksklusif.

“Ia akan diadakan selama seminggu bermula 24 hingga 31 Disember 2021 ini. IDW membuka pejabat baru kepada umum dan menawarkan rundingan percuma kepada orang ramai. Anda hanya perlu layari laman sesawang kami di https://idw.design/.”

IDW Bawa Sentuhan Rekaan Dalaman 'Dubai' Kepada Rakyat Malaysia

Dengan hanya tiga langkah mudah; Semak kriteria kelayakan, pilih tarikh dan masa serta tempah temujanji anda. Untuk maklumat lanjut, layari laman Instagram kami @idw.design dan saluran YouTube IDW Design & Build. Dapatkan slot anda secepat mungkin kerana ia cukup terhad,” kata Rabiatul Adawiyah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CINNAMON ROLLS HOMEBAKER

Boleh Beli Cinnamon Rolls Homebaker At Clover Ini Untuk Hadiah Krismas, Tahun Baru!

Joe Flizzow SNOPP DOGG

Joe Flizzow Teruja Dapat Berkolaborasi dengan Snopp Dogg Dalam THE ALGORITHM