Sesetengah orang menganggap warna tidak memberi apa-apa makna bagi mereka. Contoh, ada orang pakai redah je atau tangkap muat nak pakai baju apa sekali pun.
Tapi sesetengah orang, ada juga yang mementingkan warna dalam hidup diorang. Sampai ada yang obses dengan warna. Kalau nak cat rumah, warna yang paling diminatilah yang dia pilih.
Apa warna kegemaran Budiey? Mmm… Budiey suka warna putih dan maroon. Tak tahu sebab apa, tapi memang suka dengan gabungan 2 warna ni. Pernah sekali nak cat rumah dengan warna merah dan putih tapi ayah tak kasi sebab warna tu bukan pilihan dia. Angin satu badan!
Cakap pasal warna dan cat ni, memang banyak cerita dan kisah. Budiey percaya, korang pun ada kisah tersendiri pasal cat. Pernah tak korang cuba cat rumah sendiri? Kalau pernah, ada tak korang buat cuba buat corak atau menggunakan kreativiti sendiri?
Entry kali ini, mengajak Budiey untuk menyelongkar 12 orang penulis blog yang diberi peluang untuk makeover rumah diorang dengan cat Nippon Paint. Fuh! Bertuah sungguh kan diorang ni. Boleh cat free je. Tapi yang penting, kita tengok sejauh mana kreaviti diorang ni.
1. C33ram00n
Blogger yang menggelarkan dirinya Ceera ni sangat gigih katanya. Dah join Nippon Paint Workshop tapi masih dapat tunjuk ajar dari orang Nippon Paint untuk cat biliknya. Ceera cuba mengecat bilik dari warna hijau gelap kepada hijau terang. Untuk feature wall, beliau memilih warna Vivid Lime 13 A, manakala base wall pula diwarnai dengan Nippon Paint Color Early Sprout 2051P. Budiey rasa, ianya satu keputusan yang bijak untuk menampakkan kesan luar biasa. Yea, biliknya nampak luas dan besar! Memang mudah menggunakan cat Nippon Paint kerana ianya sangat senang digunakan. Lagi pun cepat pula. Kerja mengecat bermula jam 8.30 pagi, habisnya pada jam 11 pagi. Sungguh cepat!
sebelum
selepas
2. Cheeserland
Blogger cantik lagi seksi ini suka dengan warna hijau. Bukan hijau biasa ye, tapi hijau yang sangat terang. Oh, katanya hijau memang baik untuk kesihatan mata. Sebelum makeover, bilik dia ni nampak kosong dan membosankan. Tapi lepas dicat dengan cat hijau epal dari Nippon Paint dengan Nippon Paint Satin Glo Green Grape463. Pergh! Memancar sekali. Diserikan lagi dengan corak Pac-man dengan warna pilihan yang memang gempak habis! Korang boleh cuba juga buat makeover macam ni untuk bilik korang.
sebelum
selepas
3. FoxyFarah
Nak pilih warna yang sangat sesuai dengan kita sangat-sangatlah senang. Gunakan Nippon Paint Color Scheme Services. Sila layari: www.nipponpaint.com.my untuk info lanjut. FoxyFarah buat makeover dengan menggunakan 3 langkah senang aje. Apa yang perlu ada, masking tape dan cat Nippon Paint. Farah buat bintang-bintang macam theme christmas la pulak. Tapi memang nampak satu scene yang menarik bila digabungkan dengan warna ungu.
sebelum
selepas
4. KampungBoyCityGirl
Wow! Memang murah makeover dia buat ni. Cuma spent RM64 aje. Tapi hasilnya, tengoklah! Pergh! Penuh dengan bunga-bunga berseri orang kata. Diberinya kita tips untuk makeover seperti kena pilih warna yang sesuai. Oh! Itu dah tentu. Kalau tak jadi caca marba lah jawabnya. Dia ni menggunakan Nippon Paint Odour-less premium all in 1 (colour: Nippon Paint Zinnia Ruffles 7124T. Untuk nampak lebih feminine, beliau memilih dekoratif wall grafik pelbagai saiz dan dalam bentuk flora dan fauna. Memang cun habis!
sebelum
selepas
5. KySpeaks
Mood akan lebih ceria dgn warna yg lebih terang dan ‘warm’. KySpeaks pilih untuk makeover ruang tamunya. Dari warna kuning kepada warna yang light shade of brown. Yang penting, dia guna Nippon Paint Odour-less Premium All-in-1. Tapi yang dahsyatnya, lukisan di dindingnya tu… Fuh! Memang ada seni! Amazing!
sebelum
selepas
6. NicoleKiss
Siapa tak kenal dengan blogger travel ni, selalu aje keliling satu dunia. Tapi dalam pada pergi melancong tu, sempat lagi nak makeover bilik tamu di rumahnya dengan warna yang lebih segar! Dari warna pearl, Nicole memilih warna yang agak feminine iaitu Pink. Dan diserikan lagi dengan kotak-kotak yang menambahkan lagi efek yang elegen pada dekor dindingnya.
sebelum
selepas
7. PlusSizeKitten
Baiknya hati beliau kerana menghadiahkan pakej makeover kepada boyfriendnya. Dulunya, bilik ni warnanya putih. Katanya, pemilihan warna sangat penting untuk menentukan emosi kita. Kalau pilih warna merah, boleh menambahkan kadar denyutan jantung. Tak sesuai dengan bf nya yang ada sakit darah tinggi. Jadi, PlusSizeKitten memilih Nippon Paint Odorless in Cotton Flannel 3035P. Satu warna yang neutral dam stabil. Yang penting, warna ini satu warna yang harmoni dan semulajadi.
sebelum
selepas
8. Redmummy
Pencinta Merah sememangnya warna pilihan utamanya adalah merah. Namun, redmummy ternyata seorang yang bijak mengolah warna agar bilik tamunya tidak menampakkan warna merah secara keseluruhannya. Sekurang-kurangnya, warna feature wallnya ada lain sikit. Untuk makeover ruang tamu, Redmummy memilih warna orange yang light sikit untuk memadankan dengan warna perabut yang kebanyakan semuanya merah. Yang uniknya, ada corak pokok buluh memacak ke atas. Memang special!
sebelum
selepas
10. Beautifulnara
Asalnya bilik dia ada feature wall warna maroon. Tapi catnya macam tak serata dan sempurna. Jadi, kali ini, beliau ingin menambahkan ketenangan dengan memilih warna biru iaitu Nippon Paint Sky Blue 7241P” & Nippon Paint Cozy Blue1194 dari Nippon Paint. Memang lawa warna ini apabila digabungkan dengan corak bintang-bintang dengan warna kuning.
sebelum
selepas
10. Sixthseal
Tak tahu pun blogger yang pernah ada kontroversi ini tinggal di studio aparment. Namun agak pelik jugak, beliau tidak makeover dengan mengecat dinding tetapi hanya mengecat dan mencorakkan meja dengan corak Pac-man. Pergh! Minat sungguh dia dengan Pac-man ni… fanatik betul. Tapi kreatif la jugak. Budiey kasi 3/5 bintang!
sebelum
selepas
11. TeyCindy
TeyCindy memilih untuk buat makeover ruang tamu rumahnya. Kiranya, bolehlah berkongsi warna dengan kawan serumah. Bagus jugak menukar warna yang nampak dah pudar kepada yang lebih cerah. Semua orang jadi ceria bila dinding dicat dengan warna ceria. Dengan itu, beliau memilih warna Nippon Paint Orange Bedder 7063D dari Nippon Paint. Selain itu, untuk lebih cantik lagi, beliau menambah corak dengan flora dan fauna. Barulah lebih exciting and more pleasant!
sebelum
selepas
12. ThePinkStilettos
Beliau mengimpikan kabinet kasut warna putih, jadi makeover kali ini, dia memilih untuk menukarkan warna kabinet kasutnya yang berwarna hitam. Warna begitu nampak boring. Beliau memilih warna cat Nippon Paint White OW23 1P dan warna Expresso 151A dari Nippon Paint untuk dekorasi. Budiey suka dengan corak yang dibuat… nampak macam baru beli dari kedai.
sebelum
selepas
Korang ada yang mahu makeover jugak? Ha, apa kata, korang ambil idea-idea yang blogger semua ni buat. Tips yang diorang ni kasi memang berguna. Sempena tahun baru 2010 ni, pasti ada yang nak tukar warna cat untuk lebih menceriakan. Warna ceria hidup pun ceria. Cubalah di rumah anda sekarang!
Sila layari: www.nipponpaint.com.my