in ,

ICTCC & HDC Bersatu Untuk Bantu 300 PKS Tembusi Pasaran Halal Global

Satu langkah besar telah diambil dalam usaha memperkasa industri halal Malaysia apabila International Cultural Trade Collaboration Centre (ICTCC) dan Halal Development Corporation Berhad (HDC) mengumumkan kolaborasi strategik mereka.

Kerjasama ini adalah bertujuan untuk membantu 300 syarikat kecil dan sederhana (PKS) tempatan menembusi pasaran halal di China, yang merupakan antara pasaran terbesar dan paling berpotensi di dunia.

ICTCC, sebuah inisiatif korporat swasta, berusaha untuk menyediakan PKS dengan pelbagai peluang dalam dunia perniagaan halal. Antaranya termasuklah akses kepada ekosistem pasaran digital, kemudahan simpanan gudang bebas cukai, peluang pembiayaan, dan padanan perniagaan B2B dan B2C.

Pengerusi ICTCC, Datuk Suhaidi Sulaiman, menyatakan bahawa ICTCC bukan sekadar platform, tetapi satu gerbang untuk PKS Malaysia membuka pintu ke pasaran China dan seterusnya.

ICTCC dan HDC Bersatu untuk Bantu 300 PKS Tembusi Pasaran Halal Global
Pengerusi ICTCC, Datuk Suhaidi Sulaiman

Bagi Datuk Suhaidi, matlamat mereka adalah untuk memperkasakan industri halal pada skala global.

“ICTCC ditempatkan di Zon Ekonomi Bebas, Beijing Daxing International Airport (Langfang), dan kami sudah bersedia menerima kehadiran PKS mulai September 2024. Operasi penuh dijangka bermula pada November ini,”

– Datuk Suhaidi
ICTCC dan HDC Bersatu untuk Bantu 300 PKS Tembusi Pasaran Halal Global
Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari, turut menyokong inisiatif ini. Beliau menjelaskan bahawa China adalah destinasi eksport utama bagi produk halal Malaysia, dengan nilai eksport mencecah RM6.25 bilion pada tahun 2023.

Dengan jumlah penduduk Muslim yang besar, China menawarkan potensi yang sangat besar untuk PKS Malaysia berkembang. Melalui kerjasama ini, HDC dan MITI akan terus memberi sokongan kepada PKS dengan menyediakan akses kepada pembiayaan, latihan, perundingan, dan pemasaran digital.

Untuk menandakan permulaan kerjasama ini, Datuk Suhaidi menyerahkan sumbangan bernilai RM50,000 kepada HDC sebagai tanda sokongan terhadap Persidangan Perniagaan Halal Dunia (WHBC) yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan September nanti.

ICTCC dan HDC Bersatu untuk Bantu 300 PKS Tembusi Pasaran Halal Global
Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Encik Hairol Ariffein Sahari (kiri) menerima dokumen kerjasama strategik daripada Pengerusi Eksekutif ICTCC, Datuk Suhaidi Sulaiman (tengah) di Pejabat Urusan HDC, Menara KPMG, Bandar Damansara di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Eksekutif ICTCC, Fad Izham (kanan).

Kerjasama ini jelas menunjukkan komitmen ICTCC dan HDC dalam membantu PKS Malaysia melangkah ke peringkat antarabangsa, terutamanya dalam industri halal yang semakin berkembang pesat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang mereka di https://ictcc.co/.

ICTCC dan HDC Bersatu untuk Bantu 300 PKS Tembusi Pasaran Halal Global

ICTCC merupakan inisiatif korporat swasta yang ditubuhkan melalui beberapa entiti perniagaan dan pertubuhan melibatkan Syarikat Cangkat Cendana Group Sdn. Bhd. Topwork Global (M) Sdn. Bhd. Persatuan Muafakat One Belt One Road dan Global Networks (Beijing) IIC Services Co. Ltd.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Belajar Al-Quran dengan Lebih Menarik di Muslim Pro Sempena Bulan Muharram

Nak Wajah Anda Terserlah di Papan Iklan? Samsung Bakal Realisasikannya!