in

Iconic Vacation Club di Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa

Iconic Vacation Club di Golden Palm Tree Iconic Resort and Spa
oleh Shah Shamshiri

Keahlian Iconic Vacation Club (IVC) telah dicetuskan semasa permulaan pembangunan Golden Palm Tree dengan tujuan membenarkan para ahli kelab ini untuk menikmati percutian menarik setiap tahun di Golden Palm Tree ataupun lokasi-lokasi sekutunya di seluruh dunia. Ini termasuklah fasilitator penyewaan serta pertukaran percutian terbesar di dunia, RCI. Menurut pihak IVC, ini merupakan cara paling efektif dan berkesan untuk melayani para tamu dengan lebih baik dalam jangka panjang.

Keahlian Iconic Vacation Club akan membawa kepada lebih banyak kedatangan tamu yang akan membenarkan resort ini untuk berkembang dengan lebih pesat. Dalam kata lain, kelab ini memudahkan segalanya buat anda demi menikmati percutian dengan ketenangan minda.

Bayangkan betapa istimewanya diri anda apabila bergelar ahli IVC di mana pelaburan anda membenarkan diri menikmati pengalaman yang benar-benar unik di tengah lautan dengan hanya beberapa orang sahaja yang akan mempercayai bahawa keindahan ini tidak jauh dari bandaraya. Baik ketenangan matahari terbit ataupun keagungan matahari terbenam, serta pertemuan langit dengan permukaan lautan Selat Melaka yang anda cari, anda tidak akan bosan dengan singgahan tahunan di Golden Palm Tree melalui keahlian IVC.

Sepang

Selain itu, selepas dua tahun penyertaan sebagai ahli IVC, para ahli boleh memilih pakej lengkap iaitu All-Inclusive-Package (AIP) di Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa. Di bawah pakej ini anda dapat mengalami pelbagai kemudahan menakjubkan tanpa sebarang bayaran tambahan. Ini merangkumi penginapan di Golden Palm Tree sepanjang tujuh malam setahun (selama dua tahun) sambil menikmati penginapan mewah, hidangan melazatkan serta ajnas aktiviti sekeluarga. Yang menakjubkan adalah, untuk semua ini anda tidak perlu membayar apa-apa lagi dan hanya menikmati kesemuanya kerana anda telahpun menyertai kelab percutian ini selama dua tahun!

Apa yang membezakan kelab percutian ini dengan kelab-kelab percutian yang lain adalah produk yang ditawarkan sendiri oleh IVC. Menurut Encik Steven Yap, Naib Presiden, Pemasaran dan Jualan Antarabangsa (Bahagian Keahlian & Hakmilik) Sepang Gold Coast, keahlian IVC lebih menarik kerana bayarannya berpatutan dan status keahlian boleh dinaik taraf (upgrade). Selain itu tiada kos tersembunyi dan hakmilik keahlian boleh dipindahkan (transferable).

Ternyata Iconic Vacation Club bukanlah sekadar sebuah keahlian tetapi juga suatu pengalaman yang menakjubkan. Khasnya kerana keunikan di Golden Palm Tree Iconic Resort and Spa sendiri.

Sepang

Menjangkau hampir satu kilometer di atas perairan Selat Melaka, Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa benar-benar merupakan satu destinasi mengagumkan buat para pencinta pantai dan lautan. Terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Terminal Pesawat Tambang Murah (LCCT), resort ini merupakan satu tempat yang sangat ideal buat mereka yang ingin ‘melarikan’ diri dari hingar-bingar kota tanpa perlu menjelajah terlalu jauh.

Selain persisiran pantai yang dihiasi pasiran putih dan bersih di sini, para pengunjung juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi di hutan paya tembakau yang masih segar dan belum tersentuh oleh pencemaran dunia luar. Ini ditambah lagi dengan pelbagai aktiviti sukan air serta hiburan yang terdapat di sekitar resort.

Terdapat juga pelbagai tawaran serta pakej menarik bagi setiap penyertaan IVC. Ada juga diskaun istimewa sebanyak 30% buat mereka yang berminat. Dengan ribuan destinasi percutian di lebih 100 negara, keahlian IVC menjadikannya salah satu kelab percutian yang paling komprehensif di dunia hari ini. Bukan sekadar menyediakan perkhidmatan percutian, pihak IVC turut percaya bahawa setiap ahlinya layak menerima kesitimewaan serta pengalaman paling manis buat seisi keluarga.

Untuk sebarang keterangan lanjut mengenai keahlian Iconic Vacation Club (IVC) dan juga Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, layari www.iconicvacationclub.com serta www.goldenpalmtree.com atau ajukan pertanyaaan melalui e-mel ke [email protected]

Sepang

Sepang

Sepang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia Celebrates Asean Day With Special Sale

Shangri La Hotel Kuala Lumpur Kemilau Kemewahan