Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ashira, 36, berkongsi berita duka apabila diduga dengan kehilangan insan tersayang pada pukul 6.20 petang semalam.
Katanya, dia dimaklumkan keadaan arwah makin tenat pada sebelah petang selepas diserang penyakit slip disc sehinggakan tidak boleh bangun dan duduk.
Terdahulu, Norma atau lebih mesra dipanggil Mak Norma oleh Ashira dimasukkan ke Hospital Selayang akibat jangkitan COVID1-19 pada 24 Julai lalu.
“Jangan lupa Oshin (panggilan Ashira) kena ada zuriat lagi,” antara salah satu pesanan ibu tiri penyanyi Ashira Aziz iaitu Norma Ariffin pada dirinya.
“Arwah dibenarkan pulang selepas sembilan hari menjalani kuarantin dan rawatan di hospital. Saya lihat abah adalah orang yang paling gembira menyambut kepulangan isterinya hingga beriya-iya mengemas rumah.
“Bagaimanapun, abah menghantar mesej memaklumkan arwah sakit tenat pada sebelah petang. Penyakit cakera tulang belakang tergelincir kembali menyerangnya.
“Arwah tidak boleh duduk atau bangun, malah hendak bergerak sedikit pun susah dan sakit.
“Abah sangat susah hati melihatkan keadaan arwah. Namun, Allah lebih menyayangi Mak Norma apabila menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.20 petang,” tu
Allah Nak Arwah Rehat Tanpa Sakit
Semalam abah orang yang paling gembira sebab arwah dah boleh keluar dari Hospital Selayang setelah beberapa hari kuarantin di sana.
Bagaimanapun, abah menghantar mesej memaklumkan arwah sakit tenat pada sebelah petang. Penyakit slip disc atau cakera tulang belakang tergelincir kembali menyerangnya.
Arwah tidak boleh duduk atau bangun, malah hendak bergerak sedikit pun susah dan sakit.
Abah sangat susah hati melihatkan keadaan arwah. Namun, Allah lebih menyayangi Mak Norma apabila menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.20 petang.
Belum Ada Rezeki Nak Tambah Anak
Tambah pelantun lagu Di Ombak Resah, kali terakhir mereka bertemu adalah ketika bulan Ramadan yang lalu.
Katanya, arwah sempat menitipkan pesanan untuk dia dan suami, Bad yang merupakan anggota kumpulan Indigo untuk mendapatkan zuriat lagi selepas mendirikan rumah tangga pada Mac lalu.
Kali terakhir kita jumpa bulan puasa yang lalu.. Arwah cakap jangan lupa kena ada zuriat lagi. Maafkan Oshin Mak Norma belum ada rezeki dan mungkin tidak akan terjadi.
Oshin dah sayang Mak Norma macam ibu sendiri. Mak Norma rehat lah okey… jenguk abah dan kami selalu tau. Nanti rindu laksa Mak Norma siapa nak buatkan. Selamat berehat Mak Norma.
Selain arwah, bapa Ashira iaitu Syed Abdul Aziz Syed Alwi dan dirinya turut disahkan positif COVID-19, namun hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Difahamkan, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Selayang jam 2.30 petang hari ini yang diuruskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).