Menerusi muat naik di laman Instagram, pelakon Ozlynn Wati telah berkongsi berita duka di mana ibu kesayangannya, Rozidah Jumari telah meninggal dunia. Dalam hantaran itu, isteri kepada pelawak dan penyampai radio Johan ini turut berkongsikan beberapa foto kenangan bersama ibu tercinta dan ahli keluarganya yang lain ketika awal Ramadan lalu.
Perkara tersebut dimaklumkan isteri kepada pelawak dan penyampai radio Johan ini menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan peminat dan juga pengikut media sosialnya.
Dalam hantaran itu, Ozlyn turut berkongsikan beberapa foto kenangan bersama ibu tercinta dan ahli keluarganya yang lain ketika awal Ramadan lalu.
Reda dengan pemergian ibunda tercinta, Ozlynn sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak berhenti bertanyakan khabar dan mendoakan yang terbaik untuk Allahyarhamah ibunya.
“Kepada yg mengenali ibunda kami, Rozidah binti Jumari.. Beliau telah pun kembali ke Rahmatullah dan semoga meninggalnya husnul khatimah.. Jika ada sesiapa yg pernah terasa hati dgn beliau harap ampunkan dosa2 ibunda kami, jika ada yg berhutang dgn ibunda, kami percaya telah dihalalkan kerana itu adalah sifat beliau, tetapi jika ibunda kami ada terhutang pada kalian sila hubungi kami..
“Dan yg pasti gambar bahagia itu di ambil pada awal ramadhan tahun ni sblm pkp dan pasti bkn gambar terakhir ibunda berjemaah dgn kami.. Ya Allah, kami redha atas pemergian ibunda tercinta dan tempatkanlah beliau di sisi hambamu yg beriman..
Menjengah ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis tampil mengucapkan takziah di atas kehilangan ibu tersayang.
Salam takziah diucapkan buat Ozlynn dan keluarga.