Alhamdulilah, kedua-dua belah pihak sudah pun merestui hubungan Memey dengan Norman Hakim. Tunggu apa lagi, baik dilangsungkan sahaja. Lagi cepat lagi bagus.
Ibu Norman Hakim restui andai jodoh anaknya dengan Memey
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
“Jodoh, pertemuan dan maut terletak di tangan Tuhan dan itu semua merupakan kuasa Allah,” luah ibu aktor Norman Hakim, Kamariah Kamat, 66, yang seolah-olah merestui andai anaknya ingin berkahwin dengan aktres Memey Suhaiza.
Kamariah menambah, dia akan bersetuju dengan siapapun pilihan anaknya mahupun anaknya itu memilih Memey sebagai isteri.
Ibu Norman, Kamariah Kamat akui menyukai Memey dan tidak menolak andai anaknya berjodoh dengan Memey. foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN
“Saya suka semua orang termasuk Memey. Saya anggap dia seperti anak-anak saya..,” jelas Kamariah.
Kamariah turut menjelaskan keakraban yang berlaku antaranya dengan Memey seolah-olah memberikan gambaran jelas yang dia benar-benar bersetuju hubungan antara anaknya dan Memey.
“Ini merupakan realiti kehidupan. Kita tak bolehlah ‘reject’ seseorang itu kerana saya sukakan semua orang dan begitu rapat dengan anak-anak,” beritahu Kamariah dengan penuh berhati-hati.
Ketika ditanya tentang hubungannya dengan bekas menantunya, aktres Abby Abadi dan tiga orang cucunya, Kamariah mengakui hubungan mereka masih terjalin seperti dulu dan dia juga tidak lupa melawat mereka.
“Keakraban itu masih ada. Walaupun kami jauh, tetapi hubungan kami telah diserap dari awal dan saya sayangkan keluarga itu.
“Saya menganggap jodoh Abby dan Norman sudah tidak ada lagi, jadi sebab itu mereka mengambil langkah untuk berpisah,” kata Kamariah yang menyatakan seluruh ahli keluarganya sentiasa menasihati Norman secara kolektif ketika anaknya itu dilanda masalah rumahtangga. – mstaronline