in , ,

Ibu Mentua Nasihat Hannah Delisha & Imam Shah Supaya Teruskan Bersabar

Baru-baru ini, puisi yang dinaikkan oleh ibu kepada pelakon Hannah Delisha iaitu Noor Ashikin Ahmad dengan tanda pagar #IbuTidakRestu menjadi tanda tanya sehingga timbul pelbagai spekulasi mengenai perkahwinan Hannah dan Imam Shah.

Timbul dakwaan di kalangan netizen di sosial media mengatakan perkahwinan pelakon Hannah Delisha dan suaminya itu tidak direstui ibu Hannah Delisha.Terbaru, ibu mentua kepada Hannah iaitu Mariana Yati mendoakan agar perkahwinan anak serta menantunya itu kekal hingga ke syurga. Pelakon veteran Singapura itu juga turut menitipkan pesanan supaya Hannah dan Imam terus bersabar.

“SubhanAllah. Allah menentukan segalaNya. Semoga mahligai yang dibina sampai ke Syurga. Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah. Allah itu Al-‘Alim.

“Ingat itu Imam & Hannah, teruskan bersabar. Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram.

Ibu Mentua Nasihat Hannah Delisha & Imam Shah Supaya Teruskan Bersabar

Selain itu, menerusi satu posting yang lain pula, Mariana turut menyatakan dia merestui perkahwinan anaknya dan Hannah.

“Syurga-Mu merestuimu, anakku. #imampadahannah #1802,” tulisnya ringkas.

Hannah dan Imam mendirikan rumah tangga pada 18 Februari lalu setelah lima tahun menjalinkan hubungan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Berdepan dengan Cabaran Merakam Album Ketika Hamil 8 Bulan

SAJAT

Menteri Agama Nasihat Sajat Supaya Serah Diri Supaya Keadaan Tidak Menjadi Tegang