Penyanyi Ezad Lazim berkongsi berita sedih mengenai kehilangan ibunya, Rosadah Jahaya yang meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi pada hari jumaat yang lalu Arwah ibunya dikatakan telah rebah di dalam bilik air di kediamannya di Alor Setar sebelum disahkan meninggal dunia pada pagi hari berkenaan.
Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 41, sama sekali tidak menyangka akan menghadapi pemergian ibu tersayang hanya sehari selepas mengenangkan kehilangan arwah bapanya setahun yang lalu.
Menurut Ezad dia menerima khabar duka tersebut selepas solat Subuh apabila dihubungi kakaknya.
“Selepas selesai solat Subuh pagi tadi, saya dapat panggilan telefon daripada Kak Long beritahu Mak dah tak ada.
“Kak Long beritahu Mak jatuh dalam bilik air dan kemudiannya terus tidak sedarkan diri. Dan selepas diperiksa, Mak sudah pergi meninggalkan kami,”
– Ezad Lazim
Allahyarham ibunya menghidap penyakit darah tinggi. Kali terakhir dia bertemu ibu ialah beberapa selepas Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
“Mak datang rumah kami, katanya mahu melawat rumah baru kami,”
– Ezad Lazim
Dalam pada itu, Ezad mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan peminat yang menitipkan ucapan takziah.
“Terima kasih kepada yang mendoakan dan menghantar ucapan takziah. Doakan perjalanan kami. Allahyarham akan dikebumikan sebaik sahaja kami tiba di Alor Setar,â€Â
– Ezad Lazim
Semalam, genap setahun pemergian ayah Ezad iaitu Mohd Lazim Ismail yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada usianya 74 tahun.
“Ibu saya Rosadah Jahaya telah pergi menghadap yang esa pada hari ini. Mohon doakan yang terbaik untuk arwah ibu saya, Al-Fatihah. Ya Allah, mak.. bangchik balik ni.Baru semalam (khamis) kita kenang pemergian arwah abah dah setahun. hari ini mak pula menyusul pergi meninggalkan kita,â€
– Ezad Lazim
Ezad memaklumkan berita sedih itu menerusi ruangan laman Facebooknya pada jumaat lalu.
Isteri Ezad, Zeana Ramli memaklumkan, arwah ibu mentua mempunyai penyakit darah tinggi.
“Kami reda atas pemergiannya. Kami dalam perjalanan pulang ke Alor Setar. Allah SWT menjemputnya pada hari segala penghulu, Jumaat.
“Insya-Allah, jenazah arwah ibu mentua akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Uda selepas Asar, hari ini.
“Arwah meninggalkan empat cahaya mata dan 10 cucu. Bakal bakal menerima cicit pada penghujung bulan ini,”
– Zeana Ramli
Kakak kedua penyanyi itu, Rozaimah Mohd Lazim berkata, ibu mereka rebah dalam bilik air ketika mahu mengambil air sembahyang untuk menunaikan solat Subuh.
“Emak tiada apa-apa sakit dan kalau ada pun hanya darah tinggi tapi terkawal. Seperti biasa, pagi ini dia bangun untuk solat subuh.
“Adik bongsu kami, Mohd Rizal ketika itu sedang solat dan terdengar namanya dipanggil oleh emak.
“Dia segera mendapatkan emak dan mendapati emak jatuh dan tidak sedarkan diri dalam bilik air,”Â
– Rozaimah Mohd Lazim
Rozaimah yang bekerja di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara negeri Kedah berkata, adiknya segera menghubungi doktor dan ambulans bagi mendapatkan bantuan.
“Doktor yang tiba tak lama kemudian mengesahkan emak sudah tiada. Kami segera memaklumkan kepada Ezad dan dia kini dalam perjalanan pulang. Dia sempat balik menjenguk emak selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
“Jenazah ibu akan dikebumikan sama tempat dengan arwah ayah iaitu di Tanah Perkuburan Taman Uda, Alor Setar selepas Asar,”Â
– Rozaimah Mohd Lazim
Peminat yang mengikuti perkembangan penyanyi lagu Luahan Cintaku itu rata-rata berkongsi rasa sedih dan mengucapkan takziah di atas pemergian ibu tercinta.
Menurut isteri Ezad, Zeana Ramli ketika ditemui turut memberitahu bahawa ibu mertuanya itu sebelum ini mempunyai penyakit darah tinggi.
Menerusi ruangan komen, teman-teman dan pengikut di laman sosial mengucapkan takziah disamping mendoakan perjalanan Ezad dan keluarga pulang ke Kedah dipermudahkan.
Jenazah ibu mertuanya itu dilaporkan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Uda sejurus selepas solat asar pada hari yang sama.
Rosadah meninggalkan empat anak iaitu Rozita, Rozaimah, Mohd Rohaizad dan Mohd Rizal serta 10 cucu dan seorang cicit yang bakal dilahirkan pada hujung bulan ini.