KISAH putus tunang di antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi ini seperti sudah lama terjadi, namun sehingga kini isu ini masih hangat diperkatakan dan seperti tiada penghujungnya.
Punca pertunangan pasangan selebriti itu putus di tengah jalan masih belum diketahui, dengan khabar angin kononnya ia terjadi disebabkan isu wang hantaran sudah beberapa kali dinafikan Sufian sendiri.
Bapa aktres tersebut juga sebelum ini sudah menegur Sufian yang dilihat sering mengeluarkan kenyataan kepada pihak media walaupun pihak keluarga Elfira menganggap perkara tersebut selesai selepas cincin pertunangan dikembalikan.
Kini, timbul satu lagi isu apabila seorang pengguna akaun Twitter yang menggunakan nama Dylawok mendedahkan beberapa screenshot yang dikatakan diambil daripada akaun Instagram ibu Elfira sendiri.
Melalui akaun Instagram itu, ibu Elfira menyatakan cara mudah untuk menyimpan wang hantaran secara harian, iaitu dengan menyimpan RM20 sehari yang diselitkan di setiap halaman Al-Quran yang dibaca.
Dalam luahan itu juga, ibu Elfira turut mendedahkan bahawa pihak lelaki tidak mengeluarkan sesen pun untuk majlis pertunangan yang dijalankan sebelum ini.
“Kadang-kadang kesabaran itu ada batasnya, tapi bila satu perkara yang boleh mengaibkan diri sendiri dan anak sendiri takkan nak nak biarkan sebab lagi dibiarkan lagi menjadi,” luahnya.
Selain entrinya itu, wanita yang dikatakan ibu Elfira itu juga meluahkan sesuatu di Insta Storiesnya apabila menyatakan bahawa tindakan lelaki tersebut meninggalkan kekasih lama untuk yang baharu seakan mencerminkan perwatakannya.
“Sepatutnya dia sendiri rasa terhina tinggalkan anak dara orang lain dan ambil anak dara orang lain secara tak baik. Tak seharusnya dorang ni tak jumpa dirimu,” memetik kenyataan tersebut.
Wanita tersebut turut menegur kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan lelaki itu ke pihak media yang menurutnya hanya untuk mensensasikan situasi yang terjadi.
“Kenapa perlu nak ucap berjiwa kawan dekat media? Kata masih contact dengan dia? Mungkin tak cukup ikhlas ke tak cukup sensasi?” tulisnya lagi.
Selepas perkara tersebut disebarkan Dylawok di Twitter, Elfira turut berang sehingga mempersoal tindakan pengguna Twitter tersebut mendedahkan segalanya kepada netizen.
“Tak perlu nak sebar-sebarkan. Apa yang awak nak? Beribu Retweet?” soal Elfira.
Reaksi Elfira itu seolah-olah memberi gambaran bahawa perkara yang didedahkan itu semamangnya merupakan luahan ibunya dan khabar angin yang bertebaran selama ini ada benarnya.
Semoga perkara ini dapat segera diselesaikan oleh kedua-dua pihak memandangkan kisah ini dilihat seperti membuka aib kedua-dua pihak dan hanya mengeruhkan lagi keadaan.