in , , ,

Ibu Bapa Jadi Penanda Aras Mira Filzah Dalam Berfesyen

Sejak kebelakangan ini, gaya berpakaian aktres Mira Filzah, 26, sering kali mendapat perhatian netizen gara-gara tindakannya memakai seluar ketat menerusi perkongsian gambar di laman Instagramnya baru-baru ini.

Menurut pelakon kelahiran Perak ini, dia mengambil pendekatan enggan terlalu memikirkan tentang kritikan dan kecaman netizen asalkan batas dalam pemakaiannya mendapat persetujuan daripada kedua ibu bapanya. 

“Dari segi kontroversi pakaian saya tidak boleh kawal apa netizen nak cakap sebab mereka boleh berkata apa sahaja.

Kita buat perkara yang betul pun mereka tetap (suka) cari yang salah.

Perkara ini bergantung pada selebriti itu sendiri macam mana dia kawal emosi dan perasaan mereka apabila berhadapan dengan isu-isu sebegini. 

“Ibu bapa menjadi penanda aras dalam saya berfesyen dan bergaya. Jika mereka tegur, ketika itu saya tahu baharu saya mungkin dah langgar batas-batas berpakaian yang sepatutnya (bagi seorang yang berhijab).

Kalau ibu bapa saya kata okay, itu maknanya pakaian saya okay. Mereka sentiasa memerhatikan saya dan menjadi pengkritik terbesar saya. 

“Bukan mudah nak puaskan hati semua orang tapi asalkan saya rasa apa yang saya buat itu betul, itu dah okay dah.

Sekarang saya ambil pendekatan untuk tidak terlalu memikirkan sangat perkara-perkara tersebut,”

– Mira Filzah

Mira berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton filem Sangkar di MM2 Cineplexes, Mutiara Damansara semalam. 

Dalam pada itu, menerusi filem arahan Kabir Bhatia itu, Mira menyatakan dia melakonkan watak sebagai seorang jururawat bernama Lea. 

Bercakap mengenai cabaran karakter itu, Mira menjelaskan wataknya tidak terlalu sukar untuk dilakonkan dan karakternya adalah seorang gadis yang simple, sweet dan mementingkan keluarganya. 

“Kalau ikutkan, sebenarnya saya hampir tidak dapat memberi komitmen untuk berlakon dalam filem ini disebabkan kekangan jadual kerja pada ketika itu. 

Namun, setelah berbincang dengan pihak penerbit, Alhamdulillah kami dapat atasi masalah itu dan Alhamdulillah, saya puas hati dengan filem ini,,”

– Mira Filzah

Sangkar yang menelan belanja kos produksi sebanyak RM3 juta turut dibintangi Zul Ariffin, Remy Ishak, Ray Era, Nik Adam Mika dan Fadzlan Hazim.

Ia bakal ditayangkan di 143 pawagam seluruh negara bermula 29 Ogos ini. 

Filem itu merupakan terbitan empat produksi iaitu Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan MM2.

Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akim & The Majistret Lancar Lagu Balada Berjudul YANG SATU

Dijangkiti Influenza A, Neelofa Mohon Maaf Terpaksa Batal Temujanji