Sambil ditenangkan oleh pengarah filem berkenaan iaitu Ismail Bob Hasim, Sabariah seperti dapat merasakan arwah anaknya itu seperti berada di sisinya.
“Sepanjang menonton filem ini, saya seolah-olah seperti terbayang seperti dia ada sebelah makcik,”
– Ibu Abam
Dalam pada itu, ibu kepada pelakon itu juga turut menerima sumbangan daripada penerbit filem terbabit iaitu DA Motion Media.
Pada masa sama, Sabariah turut berharap agar para peminat arwah Abam akan menyokong filem lakonan anaknya itu yang akan ditayangkan bermula pada 5 Mac ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penerbit kerana prihatin dengan kami. Meskipun kini arwah sudah tiada, mereka masih lagi ingat dan turut mengundang kami sekeluarga,”
Ibu Abam
Sama-sama kita doakan semoga ibu arwah Abam semoga sentiasa sihat dan dikurniakan ketenangan sentiasa.