Bulan Ramadan datang kadang-kadang dengan ujian, ingin menduga kita sejauh mana kita bersabar menempuh dugaan. Seperti mana pelakon Arja Lee yang sekarang ini berhadapan dengan dugaan besar pada bulan Ramadan ini apabila ibunya Salmah Aziz, 60, berada dalam situasi kritikal akibat kanser lelangit di Hospital Selayang sejak dua minggu lalu. Namun, Arja Lee masih bersabar dan menjalani jadual karier sebagai selebriti dengan memenuhi undangan. Pastinya, hatinya sangat berat untuk meninggalkan ibunya. Nasib baik ada adik beradik yang membantu menjaga ibu.
[dropcap]M[/dropcap]enurut Arja, dia dan adik beradiknya yang lain bagaimanapun sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku terhadap ibunya.
“Siapa yang ingin kehilangan ibu tetapi kami adik beradik sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana ibu sudah bertahan selama 13 tahun menentang penyakit berkenaan. Kondisinya kali ini paling teruk.”
Ibunya dipindahkan daripada Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Hospital Selayang sejak Disember tahun lalu selepas kanser berkenaan telah merebak ke bahagian lain. Jelas Arja, ibunya ditempatkan di Palliative Care Unit (PCU) hospital berkenaan namun keadaannya bertambah tenat sejak dua minggu lalu.
Jelas Arja, ibunya ditempatkan di Palliative Care Unit (PCU) hospital berkenaan namun keadaannya bertambah tenat sejak dua minggu lalu.
Terbaru, Arja Lee telah selamat menjalani rakaman program Raya Xpress 120 terbitan RTM bersama Ajak Shiro, Kilafairy dan ramai lagi. Dalam pada itu, Arja Lee masih menantikan keputusan senarai pendek Akademi Fantasia 2013. Kalau ada rezeki, ada la tu…
Semoga ibu Arja Lee sembuh dan segalanya baik-baik sahaja.