Pelakon popular Aaron Aziz kehilangan insan yang paling disayangi apabila ibunya telah disahkan meninggal dunia hari ini.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon kelahiran Singapura itu menerusi Instagram miliknya.
“Innalillahwainailaihirojiuun Ya Allah take all my pahala from all my Umrah trips dan Selamat kan lah Ibu ku Juriana Bte Jaafar dari seksa kubur Dan api neraka. Ambik lah segala kerja amal ku utk menemani Ibuku di Alam Barzakh.
“Dan tempatkan lah Ibuku di antara hamba hamba MU yg akan menikmati Jannahtul Firdaus A’la. Allahummaghfirlaha warhamha wa ‘afihi wa’fuanha Love you Mummy more than anything in this world,”
– Aaron Aziz
Baru-baru ini, pelakon tersebut telah pulang ke Singapura untuk menziarahi ibunya dan dia terpaksa menjalani kuarintin selama tujuh hari sebelum dibenarkan berjumpa dengan ahli keluarga.