Menurut sumber berita dari Harian Metro, Isteri Ibnor iaitu Sarimah Suleiman tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai perkembangan suaminya yang menghidap kanser limfoma tahap empat.Â
“Saya minta maaf tak boleh nak bercakap panjang. Abang Ibnor masih dalam keadaan kritikal dan masih ditidurkan.
– Sarimah Suleiman
“Mohon doakan kesembuhannya dan semoga abang Ibnor cepat sedar dan beransur pulih,”
Sebelumnya, penyanyi, Azura Aziz meminta orang ramai terus mendoakan kesihatan penyanyi berusia 62 tahun itu yang dilaporkan kritikal selepas menjalani satu pembedahan di kepala, baru-baru ini.
“Assalamualaikum semua. Buat makluman, sahabat seni kita Ibnor Riza kini sedang dalam keadaan kritikal.
– Azura Aziz
“Apa-apa pun mari kita doakan semoga beliau diringankan sakit dan dipermudahkan segala-galanya.
“Semoga sentiasa dalam rahmat Allah,”.
Terdahulu, penyanyi Meneka Dalam Kesamaran itu masih tidak sedarkan diri sejak menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember lalu.
Pada 10 November lalu, penyanyi itu turut menjalani kimoterapi R-ICE di hospital sama.
Dia turut mengalami demam yang berpanjangan selepas rawatan.
Ibnor yang disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat pada Mac lalu sehingga kini difahamkan sudah melakukan kemoterapi sebanyak sembilan kali.
Sejak disahkan sakit, dia membelanjakan sekitar RM80,000 bagi kos perubatan dengan menggunakan kesemua wang simpanan selain menjual tiga buah kereta miliknya.