in

Ibis Styles Bandung Braga Funky & Ranggi

Sejak kebelakangan ini ramai yang mencari hotel yang tidak terlalu mahal tapi masih menawarkan perkhidmatan berbintang selain gaya persembahan yang moden serta kontemporari. Ini dapat dilihat dengan kemunculan pelbagai hotel-hotel moden yang ringkas namun tetap tampil menarik buat para pengunjung. Salah satu rangkaian hotel paling popular di Indonesia yang menawarkan perkhidmatan tersebut adalah jenama Ibis.

Jika nama Ibis lebih terkenal di di Jakarta namun rangkaian hotel Ibis di bandar kedua popular Indonesia, iaitu Bandung turut mendapat perhatian ramai. Ibis Styles Bandung Braga merupakan hotel terbaru yang menduduki kawasan penuh seni di kota ini. Ia dikelilingi pelbagai kedai seni yang sememangnya sinonim dengan daerah Braga di Bandung. Ia juga hanya beberapa minit perjalanan dari kawasan-kawasan popular yang lain.

Kesemua 193 bilik-biliknya bersih dan menyediakan prasarana yang biasanya terdapat di hotel-hotel mewah seperti TV LCD, penghawa dingin, bilik mandi bersambungan serta kemudahan sambungan Wi-Fi untuk penggunaan internet. Selain itu, warna kuning adalah warna tema utama jenama Ibis Styles Braga dan senireka dalaman bilik-biliknya turut menerapkan unsur tersebut dengan gaya sentuhan yang moden serta kontemporari.

Di dalam bangunan hotel ini juga ini para tamu akan menemui sebuah restoran dan sebuah lounge dan juga enam buah bilik mesyuarat. Ini menjadikannya sebuah hotel yang sangat praktikal untuk mengadakan seminar atau mesyuarat serta acara-acara seumpamanya.

Berbekalkan suasananya yang segar, ranggi dan ramah, hotel ini pasti menjadi salah sebuah hotel yang ideal buat para pengunjung yang menjalani kehidupan harian yang aktif serta moden namun masih mementingkan keselesaan.

Dengan harga yang sangat berpatutan buat mereka yang tidak mahu berbelanja terlalu banyak untuk penginapan semasa bercuti atau urusan perniagaan, hotel ini memenuhi kriteria tersebut. Jadi kalau ke Bandung, cubalah bermalam di sini. Ia pasti memenuhi citarasa anda yang inginkan kemudahan dan keselesaan.

Ibis Styles Bandung Braga yang Funky dan Ranggi
oleh Shah Shamshiri

Lobby 1 - No talent

Bathroom vertikal

Family Room

Restaurant interior - No talent

Exterior Facade

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel Ibis Hotel Bandung Trans Studio

Isteri Pelakon Ezany Nizariff Hilang