in

I Wanna Be A Model New Season di 8TV

Siri Pencarian Model Terhangat Malaysia Kini Kembali!

Bahang kehangatan sambutan penonton terhadap siri program realiti pencarian model yang popular –  I Wanna Be A Model masih terasa. Selepas mendapat sambutan diluar dugaan selama dua musim berturut-turut, 8TV menaruh kepercayaan untuk kembali dengan musim baru iaitu musim ketiga dengan menjanjikan segmen yang lebih menarik dan padat.

8TV bakal memulakan siri pencarian muka baru untuk musim ketiga I Wanna Be A Model dari seluruh pelusuk negara untuk mencari pasangan model terunggul.

I Wanna Be A Model merupakan rancangan realiti yang diterbitkan oleh krew produksi 8TV dalam pencarian model yang terbaik di seluruh Negeri.

Musim ketiga I Wanna Be A Model kali ini akan disiarkan menerusi 13 episod. 8 peserta lelaki dan perempuan dari seluruh Malaysia akan dipilih oleh para pengadil dalam tiga sesi uji bakat yang diadakan.

Para peserta akan bertanding antara satu sama lain untuk mengenengahkan  bakat model yang berpotensi untuk menyerlah. Pada yang sama, peserta yang tidak mencapai tahap yang diharapkan dalam cabaran setiap minggu akan disingkirkan.

Para peserta juga perlu membuat tugasan dengan baik melalui cara berjalan atau ‘catwalk’ dalam pesembahan fesyen, sesi pengambaran, bersolek sendiri, tahu cara pengayaan dalam setiap sesi pengambaran dan  juga pengambaran video.

“Kami amat gembira dan teruja dengan musim baru ini!  Kami tahu  bahawa masih ramai lagi bakat muda yang  berpotensi dan aspirasi tinggi untuk bergelar model yang tidak sabar untuk mengambil bahagian dalam sesi uji bakat ini.” Kata Pengurus Besar 8TV, Cik Lam Swee Kim.

“Melalui program ini, para penonton dapat melihat peserta yang datang dari pelbagai latar belakang berbeza-beza dengan satu matlamat iaitu ingin bertanding merebut  hadiah lumayan dan di mahkotakan sebagai juara I Wanna Be A Model.  Bukan itu sahaja, rancangan realiti ini juga adalah merupakan platform penting bagi para peserta untuk menunjukkan bakat masing masing untuk memenangi hati khalayak diluar sana.”  tambah Kim.

I Wanna Be A Model (musim 3) dibuka kepada semua warga Malaysia yang boleh bertutur bahasa Mandarin, lelaki dan perempuan.  Mereka yang hendaklah fotogenik, berumur dalam lingkungan 18 hingga 26 tahun dan tidak terikat dengan mana-mana agensi model serta tidak lebih dari 2 tahun pengalaman dalam bidang peragaan.

Mereka yang berkelayakkan dan beraspirasi tinggi digalakkan untuk mencuba, datang ke sesi uji bakat yang diadakan dan mereka diingatkan untuk menbawa kad pengenalan dan gambar masing-masing. (gambar penuh dan separuh badan).

Sesi uji bakat akan diadakan di pertengahan bulan April di tiga lokasi yang berlainan iaitu di negeri Johor, Penang dan Kuala Lumpur yang mana akan di adakan pada hari yang sama. Walau bagaimanapun, sesiapa yang gagal menghadiri sesi yang ditetapkan, mereka boleh mengambil peluang terakhir untuk menghadiri sesi akhir uji bakat pada hari ke-2 yang hanya akan diadakan di Kuala Lumpur sahaja. Jadual sesi uji bakat tersebut ialah:

18 April 2009 (Sabtu)
10.00am – 6.00pm
Atrium, Ground floor, Plaza Pelangi, Taman Pelangi, Johor Bahru

18 April 2009 (Sabtu)
10.00am – 6.00pm
Gurney Centre Atrium, Ground floor, Gurney Plaza, Gurney Drive, Penang

18 & 19 April 2009 (Sabtu & Ahad)
10.00am – 6.00pm
Centre Court, Level 3, MINES Shopping Fair , Seri Kembangan, Kuala Lumpur

4 peserta (2 lelaki dan 2 perempuan) akan bertanding antara sama lain dalam pusingan akhir yang akan di siarkan secara lansung pada 27th September 2009, Ahad, jam 8.30pm untuk merebut gelaran Top Model. Para penonton boleh mengundikan peserta yang digemari melalui SMS pada peringkat akhir ini.

Juri I Wanna Be A Model musim 3 ini ialah Christopher Low, Addy Lee dan Priscilla Yee manakala Jeffrey dan Cheryl diberi kepercayaan sebagai perantara rancangan realiti popular ini.

8TV telah bekerja sama dengan Sasa sebagai penaja bersama dan Citta Bella sebagai majalah rasmi untuk rancangan I Wanna Be A Model (musim 3).

“I Wanna Be A Model adalah program mencungkil bakat model para peserta dan mengubah mereka sedikit demi sedikit ke kelas yang lebih tinggi untuk menyerlah dalam bidang peragaan,” tambah Kim.

Episod pertama I Wanna Be A Model (musim ke-3) akan mula disiarkan secara eksklusif di saluran 8TV bermula pada 5 Julai 2009, Ahad pada jam 9.30malam.  8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 di Astro.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Janice Dickinson Modeling Agency Season 3 di 8TV

Alyah, Joe Flizzow, Shila OIAM, Nrocinu di Roadshow Anugerah Industri Muzik 16