Episod kali ini membawakan sedikit kelainan apabila Mark Adam yang dikenali sebagai penyiasat tetap telah “dinaikkan pangkat” untuk menjadi artis jemputan manakala Seelan Paul dan Jihan Muse selaku penyiasat tetap pula telah ditemani oleh tiga orang penyiasat jemputan iaitu Nad Zainal, Lisa Surihani serta Anis Nabilah.
Sebelum permainan bermula, Mark memberitahu bahawa dia berhasrat untuk memastikan yang episod kali ini akan berakhir dengan sempurna. Mark juga kelihatan amat berkeyakinan kerana dia telah membuat keputusan untuk menyingkirkan ‘Pakar 3D Animasi’ (Khairunnisa Binti Aziz) yang merupakan seorang penyamar bersuara sumbang di pusingan pertama tanpa perasaan ragu-ragu.
Namun, tuah Mark tidak berkekalan lama. Di pusingan kedua, dua penyanyi misteri iaitu ‘Pelamin Impian’ (Muhamad Firdaus Bin Abidin) dan ‘E-Pelita Ilmu’ (Muhammad Nurfitri Bin Halimi) terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pentas ICSYVMY2 setelah disingkirkan. Firdaus dan Nurfitri berjaya membuat Mark serta ahli panel yang lain tergamam kerana kedua-dua penyanyi misteri ini sebenarnya mempunyai bakat menyanyi!
Memasuki pusingan ketiga, Nad Zainal, Lisa Surihani serta Anis Nabilahtelah diberi tanggungjawab untuk mempertahankan seorang penyanyi misteri selepas mendengar rakaman suara sebenar penyanyi misteri secara individu. Anis yang pada awalnya agak pendiam tiba-tiba bertukar menjadi seorang yang petah berkata-kata apabila dia perlu mempertahankankan penyanyi misteri bergelar ‘Raja Rojak’ (Muhammad Afiq Bin Ab Molok). Menurut Anis, suara Afiq amat sedap ibarat roti canai yang dia pernah masak untuk Mark sebelum ini.
Walaupun Anis telah cuba sedaya-upaya untuk mempertahankan Afiq, tetapi itu langsung tidak berjaya mempengaruhi keputusan Mark untuk menyingkirkan Afiq yang sememangnya adalah seorang penyamar bersuara sumbang. Ini bermakna, ‘Lukis-Lukis Cuti’ (Darell Uding Senelus) dan ‘Error 404’ (Nashalia Binti Nasriadi) berjaya untuk mara ke pusingan seterusnya secara automatik.
Selepas berfikir masak-masak, Mark memilih untuk berduet dengan Nashalia lantas bermakna Darell disingkirkan. Apabila Darell membuka mulut dan mendedahkan suara sebenarnya, ramai yang ketawa terbahak-bahak kerana hampir tertipu dengan Darell yang sebenarnya merupakan seorang penyamar bersuara sumbang!
Penyingkiran Darell tidak bermakna Mark boleh menarik nafas lega kerana hanya Lisa Surihani seorang sahaja yang pernah mendengar rakaman suara sebenar ‘Error 404’atau nama sebenarnya, Nashalia. Menyanyikan lagu berjudul “Amnesia”, Mark rasa tertipu oleh Lisa kerana dia sangka komen Lisa mengenai Nashalia adalah benar. Dengan itu, Nashalia berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 kerana berjaya memperdaya semua orang!
ICSYVMY musim kedua dihoskan oleh dua pengacara yang sememangnya lucu dan pasti membuatkan penonton tidak kering gusi iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE. Manakala tugas sebagai “penyiasat tetap” pula masih lagi digalas oleh Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sama seperti musim pertama.
ICSYVMY musim kedua ini dibawakan khas oleh Oppo selaku penaja bersama. Selain itu, ICSYVMY 2 turut menampilkan Hot FM sebagai Geng Radio dan OHBULAN! sebagai Geng Digital. Krew penerbitan ICSYVMY musim kedua pula diketuai oleh Mas Ayu Binti Ali selaku Penerbit Eksekutif, dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit merangkap pengarah.
Jangan lupa untuk saksikan ShowcaseICSYVMY yang menampilkan Misha Omar, Ara Johari, Andi Bernadee danLuqman Faizpada 22 September ini, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, hanya di TV3! Showcase ICSYVMY juga boleh dapat disaksikan menerusi strim LIVEsecaraHD di tonton, YouTube TV3 Malaysia Official danYouTube TV9 Malaysia Official.Hangatkan lagi perbualan anda dengan menggunakan #ICSYVMYdi laman media sosial anda.Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.xtra.com.mydan ikuti laman media sosial rasmi Facebook & Instagram di @tv3malaysia.