Will Smith membuktikan dirinya benar-benar aktor berpengalaman dalam filem bertajuk “I Am Legend” yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 12 Disember ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2.
Turut dibintangi oleh Willow Smith, Saili Richarson, Charlie Tahan dan Alice Braga, filem sains fiksyen yang diproduksi Warner Bros. Pictures ini bertemakan kemusnahan akibat serangan virus yang pada mulanya dicipta untuk menyembuhkan kanser tetapi telah berubah dan merebak menyerang manusia.
Aksi Will Smith Dalam Filem I AM LEGEND pada 12 Disember Ini di TV2
Filem ini memaparkan kisah seorang ahli sains tentera Dr. Robert Neville, yang memiliki daya ketahanan badan yang kuat dan kebal sehingga beliau telah selamat dari satu ancaman virus anti kanser ciptaan Dr. Alice Krippin, seorang pakar genetik yang telah membunuh ramai manusia di dunia akibat dari kegagalan unsur penyembuhannya.
Seterusnya selama tiga tahun Dr. Neville telah giat berusaha untuk menghubungi melalui radio sesiapa yang terselamat dari ancaman virus tersebut di New York tetapi hanya menemui Anna dan anaknya Ethan.
Pada masa yang sama terdapat sekumpulan manusia yang terselamat dari ancaman tersebut tetapi telah berubah menjadi ‘mutant’ yang hodoh dan ganas.
Setelah beberapa percubaan, Dr. Neville telah berjaya menghasilkan antivirus tersebut tetapi tidak diterima oleh sekumpulan ‘mutant’ yang menyerang mereka di makmal. Selepas terselamat dari serangan ‘mutant’ tersebut, Dr. Neville bersama Anna menuju ke utara dan mereka masih menghubungi sesiapa yang terselamat.
Berhasilkah Nevill menemukan vaksin untuk virus tersebut? Benarkah ada orang lain yang selamat? Apakah Neville bisa selamat dari makhluk yang kelaparan?
Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.